Floating Icon
19 OCT 2020 ACARA 2 MINIT BACA 222 LIHAT 0 BERKONGSI

HEBAT Famili – Nutrilite Suplemen untuk Keluarga anda

Uptown Funk

Bagaimana anda dapatkan penonton di rumah untuk turut serta menghentakkan kaki mereka sambil menyanyi di petang Sabtu yang biasa? Jemputlah penyanyi tempatan, pelakon, hos televisyen dan personaliti media sosial Ali Satar untuk mendendangkan lagu Bruno Mars!

Kehadiran Alif pada 11 Julai 2020 di e-rali HEBAT Famili telah menaikkan semangat dan membuatkan suasana sangat bertenaga sebelum menyatakan bahawa rali tersebut ditujukan kepada ABO dan orang awam yang ingin memberikan penyelesaian nutrisi kepada keluarga mereka.

Trio HEBAT Famili

Sama ada ianya Minuman Protein Soya Nutrilite untuk si ayah, Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey untuk si ibu atau Nutrilite Mixed Probiotic with Chicory Root Extract untuk anak-anak, ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh setiap ahli keluarga daripada set HEBAT Famili ini.

Hebat_Famili_Dato_Hamzah_and_Alif_Satar_750.jpg

Beralih kepada perkara yang lebih serius, Alif seterusnya menjemput penceramah jemputan utama, Dato Dr Mohd Hamzah Kamarulzaman, Perunding Kardiovaskular dan Pakar Bedah Toraks dari Hospital Thomson Kota Damansara yang membicarakan perihal kesihatan jantung dan obesiti di Malaysia.

Sambil menyatakan bahawa kesihatan adalah tanggungjawab bersama, Dr Mohd Hamzah menekankan bahawa amalan hidup sihat haruslah diterapkan dari usia muda lagi dan ini akan membawa kepada orang dewasa yang sihat, rumah tangga yang ceria dan keluarga yang harmoni.

Memupuk Keluarga Sihat

Hubungan yang baik antara keluarga anda bukan sahaja memperkayakan kehidupan sosial anda, ia merupakan kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh seseorang individu. Satu cara untuk membina dan menguatkan ikatan kekeluargaan? Berikan vitamin dan suplemen yang terbaik untuk yang tersayang dengan Nutrilite.

Hebat_Famili-Diamond_Rohani_750_3.jpg Hebat_Famili-Diamond_Hilna_750_2.jpg

Penonton juga memperoleh petua kesihatan dan gaya hidup sihat yang berguna daripada penceramah pakar Intan Dr Mohd Hilna Mohd Baijuri, Intan Rohani Ismail, Platinum Pengasas Dr Azlinda Ashari dan Platinum Luqman Hakim Jamin, sambil mempelajari cara memperkembangkan perniagaan Amway bersama Nutrilite.

Hebat_Famili-Platinum_Dr_Azlinda_750_4.jpg

Sepanjang rali yang distrim langsung kepada lebih 2,900 penonton di halaman Facebook Nutrilite Malaysia, 20 penonton telah diisytiharkan sebagai pemenang kuiz kesihatan mini dan mereka berjaya membawa pulang pelbagai hadiah termasuk mikrofon FELYBY BM-800 dan lampu gelung, pembesar suara mudah alih Bluetooth Sony XB22 EXTRA BASS dan set mikrofon kondenser FELYNY BM-800 dengan kad bunyi pelbagai fungsi.

Bagi menyokong ABO dan mempromosikan Nutrilite kepada orang awam di mana penonton yang membeli set HEBAT Famili boleh mendapatkan PWP (belian dengan belian) Pengocak Nutrilite. Lebih menarik lagi, setiap PWP diberi 6 tin Minuman Tenaga XS MPG dan Pembuat Sarapan 3 dalam 1 secara percuma!

Sesuatu untuk Ibu

Ditujukan kepada golongan wanita yang sibuk menguruskan keluarga, kami mahu anda menjaga kesihatan anda juga! Jadi, bersiap sedialah untuk menjadi sebahagian daripada rali HEBAT Mama yang menyeronokkan bakal diadakan pada suku keempat 2020.

Pelajari cara untuk membantu diri anda sendiri atau wanita lain dalam kehidupan anda agar sihat dengan menyertai rali yang dianjurkan oleh penceramah ABO yang pakar dalam Bahasa Malaysia. Nantikan maklumat lanjut di saluran komunikasi rasmi kami tidak lama lagi.