Floating Icon
31 DEC 2020 ACARA 2 MINIT BACA 213 LIHAT 0 BERKONGSI

Sambutan Acara Maya Pengiktirafan Penyandang Baru TP2020

Sambutan ini perlu diteruskan walaupun negara masih berdepan dengan pandemik dan cabarannya! Akhirnya, Amway telah mengadakan Acara Maya Pengiktirafan Penyandang Baru TP2020 yang julung-julung kalinya pada 12 Disember 2020 untuk menghargai usaha dan pencapaian Penyandang TP2020 serta kelayakan baru mereka.

Walaupun keterujaan dan tenaga yang terpancar dari pentas pengiktirafan di sebuah dewan besar dikelilingi insan tersayang tiada tolok bandingannya, namun acara maya yang lain dari yang lain ini tidak kurang hebatnya dan pasti dikenang. Bahkan, ia mendahului carta dengan 4,400 tontonan gabungan di YouTube dan Facebook.


Almost 1000 postings on the Social Wall consisting of congratulatory messages and encouraging words for the achievers.jpg

Respons penonton terhadap acara tersebut amat memberangsangkan dengan hampir 1,000 hantaran di Social Wall yang diatur khas, yang dipenuhi dengan ucapan tahniah dan kata-kata perangsang kepada para penyandang. Ahli keluarga dan rakan taulan yang dekat dan jauh turut bersama-sama penyandang dalam talian untuk malam keraian yang menakjubkan ini.


Malam Keraian & Pencapaian

Mike Duong Managing Director of Amway Malaysia Singapore & Brunei.jpg

Acara itu dimulakan dengan ucaptama alu-aluan daripada Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura & Brunei. Beliau memulakan dengan ucapan tahniah kepada para penyandang kerana memupuk pemikiran dan perspektif yang betul untuk mengatasi kesusahan, sebelum mengiktiraf usaha dan komitmen yang diberikan kepada perniagaan mereka walaupun bergelut dengan cabaran yang mendatang.


Gan Chee Eng Regional President of Amway Asia and Chairman of Amway China.jpg

Ini didahului dengan ucapan yang menyemarakkan semangat daripada Gan Chee Eng, Presiden Rantau Amway Asia and Pengerusi Amway China, yang mengucapkan terima kasih kepada para penyandang kerana dedikasi mereka yang tidak goyah terhadap nilai-nilai Amway begitu juga perniagaan mereka.

Beliau turut berkongsi pandangan mengenai pertumbuhan Amway dalam sektor pengurusan kesihatan dan potensinya yang mempunyai harapan serta peranan utama yang akan dimainkan oleh ABO dalam arena tersebut. Beliau juga meyakinkan para penyandang dan semua Pemilik Perniagaan Amway (ABO) akan komitmen Amway untuk memberikan mereka sumber yang terbaik dan sokongan dalam membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih hebat.

Selepas minum ucap selamat dengan Minuman Tenaga XS oleh Mike & Gan, penyandang Program Kesetiaan Nutrilite (NLP) – Kempen Pengiktirafan Atas Pencapaian Anda diiktiraf dengan sewajarnya.

Nutrilite Loyalty Programme Recognition For Your Achievement campaign Aug to Nov 2019 achievers.jpg

Nutrilite Loyalty Programme Recognition For Your Achievement campaign Mac to May 2020 achievers.jpg

Kempen yang berlangsung dari bulan Ogos hingga November 2019 dan Mac hingga Mei 2020 tersebut mempunyai sejumlah 78 penyandang. Seterusnya, Amway meraikan penerima penyemat Penyandang Perak dan Emas, diikuti dengan penerima penyemat Platinum dan Delima.


Inspiring messages from all the Founders Crown Ambassador and Crown Ambassadors.jpg

Salah satu sorotan acara ini ialah mesej inspirasi daripada semua Duta Mahkota Pengasas dan Duta Mahkota untuk memotivasi para penyandang agar mencapai tahap pencapaian yang lebih hebat. Untuk mengekalkan momentum acara, aktiviti interaksi secara langsung juga diadakan dengan hampir 3,000 orang menyertai peraduan yang menawarkan Kad Hadiah Grab Food sebagai hadiah.


Kejayaan Hebat

Selain itu, Amway turut meraikan mereka yang layak ke Seminar Kepimpinan Amway 2020 Sydney buat pertama kalinya semasa acara maya tersebut. Terdapat lebih daripada 150 Pemilikan ABO yang memperoleh penghormatan sedemikian.


Milind Pant Chief Executive Officer of Amway Global.jpg

Seterusnya, Amway mengiktiraf penerima penyemat Nilam dan Nilam Pengasas serta penerima penyemat Zamrud dan Zamrud Pengasas. Acara tersebut diakhiri dengan ucapan oleh Milind Pant, Ketua Pegawai Eksekutif Amway Global. Selain mengulangi komitmen Amway terhadap kejayaan ABO, beliau juga memuji keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berubah dengan pantas dan menerima ruang digital dengan sepenuh hati.

Walaupun ia berlangsung dengan mengalami sedikit masalah, secara keseluruhannya Acara Maya Pengiktirafan Penyandang Baru TP2020 dianggap sebagai satu kejayaan yang hebat. Walau bagaimanapun, Amway ingin memohon maaf atas sebarang kesilapan yang mungkin berlaku.

Para penyandang yang diiktiraf semasa acara tersebut akan menerima penyemat fizikal termasuk salinan digital penyematnya supaya mereka dapat berkongsi pencapaian tersebut di media sosial.

Semoga acara ini akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua Pemilik Perniagaan Amway agar mereka dapat menyasarkan tahap kejayaan mereka yang seterusnya!

List of quiz winners from the PY2020 New Achievers Recognition Virtual Event.jpg

#AmwayAchievers2020

Untuk menonton acara maya tersebut, sila klik di sini: ACARA MAYA PENGIKTIRAFAN PENYANDANG BARU TP2020

Klik http://amway.tv/fem20 

untuk menonton video Zamrud Pengasas dan http://amway.tv/em20 untuk menonton video Zamrud.