Floating Icon
01 JAN 2022 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 592 LIHAT 10 BERKONGSI

4 Resipi Mudah dan Mesra Kanak-kanak dengan Philips dan Noxxa

Frankfurter Mini

Mini Frankfurters with Philips Airfryer.jpg

Sosej tetapi mini. Bukan hanya kanak-kanak yang akan mencapai satu, dua atau tiga ketul sekali gus, orang dewasa pun sama juga!

Bahan-bahan

  • 20 frankfurter koktel
  • 100g pastri lapis
  • 1 sb mustard manis

Cara

  1. Tuskan sosej (jika bungkusan mengandungi cecair) dan keringkan di atas lapisan kertas dapur.
  2. Sapu pastri lapis dengan sedikit mustard dan potong memanjang.
  3. Balut setiap sosej dengan lingkaran pastri dan masukkan ke dalam bakul Philips Airfryer (goreng dalam dua kelompok). Goreng pada suhu 200°C selama 11 minit setiap kelompok.
  4. Hidangkan di dalam pinggan dengan sedikit mustard.

Nuget Ayam

Chicken Nuggets with Philips Airfryer.jpg

Anak mana yang tidak sukakan nuget ayam? Enak dimakan begitu sahaja, dengan nasi, mi atau roti.

Bahan-bahan

  • 500g filet dada ayam
  • 40g tepung serba guna
  • 1 biji telur
  • 25ml krim putar
  • 75g serbuk roti
  • 1 sk minyak bunga matahari
  • Secubit garam

Cara

  1. Potong dada ayam dalam saiz gigitan.
  2. Pecahkan telur dan pukul dengan krim dan garam.
  3. Golekkan ayam ke dalam tepung dahulu kemudian celup dalam campuran telur dan akhir sekali salut dengan serbuk roti.
  4. Masukkan nuget ayam ke dalam bakul, renjis sedikit minyak dan goreng dalam Philips Airfryer pada suhu 180°C selama 10 minit. Untuk hasil yang optimum, goreng dalam dua kelompok.
  5. Hidangkan nuget ayam ketika hangat.

Biskut Famous Amos

Famous Amos Cookies with Noxxa BreadMaker Oven Toaster.jpg

Sajian yang memuaskan citarasa manis anda. Ia juga boleh dijadikan hadiah perayaan yang hebat.

Bahan-bahan

  • 250g mentega, dilembutkan
  • 1 ¼ cawan (250g) gula perang
  • 2 ½ cawan (375g) tepung serba guna
  • ½ cawan (60g) tepung jagung
  • 2 cawan (340g) cip coklat
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 6 sb minyak sayuran
  • 1 biji telur + 1 sk esen vanila

Cara

  1. Satukan mentega, gula, telur dan esen vanila. Gaul sebati.
  2. Masukkan semua bahan kecuali cip coklat. Gaul sebati.
  3. Masukkan cip coklat. Gaul rata dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  4. Panaskan Pembakar Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa pada suhu 140°C. Alas dulang pembakar dengan kertas reroti. Bentukkan doh menjadi bebola kecil dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar selama 20 minit sehingga perang keemasan.
  6. Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam balang.

Poket Pai Epal

Apple Pie Pockets with Noxxa Electric Multifunction Pressure.jpg

Sangat sesuai sebagai snek minum petang atau kudapan hangat ketika hari hujan, pilih untuk membuat versi mesra bajet dan lebih sihat ini, bukannya versi yang dibeli di kedai.

Bahan-bahan

  • 3 biji epal
  • 3 sk gula
  • 1 sb mentega
  • 1 sk serbuk kayu manis
  • 10 keping pastri lapis
  • 1 biji telur

Cara

  1. Kupas epal dan buang empulurnya, potong menjadi kiub kecil.
  2. Panaskan mentega di dalam Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa. Masukkan epal, serbuk kayu manis dan gula. Gaul sebati. Tumis selama 1-2 minit kemudian biarkan sejuk.
  3. Ambil satu sudu besar inti epal pai, letakkan di atas pastri.
  4. Pukul sebiji telur dan sapu pelicau telur pada 1 sisi pastri segi empat tepat itu. Lipat dua pastri dan telur akan bertindak sebagai gam.
  5. Tekan keliling tepi pastri dengan garfu.
  6. Buat 3 torehan pada pai dengan pisau.
  7. Sapu pelicau telur pada permukaan pai. Bakar menggunakan Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa pada suhu 170°C selama 20 minit.

Apple Pie Pockets with Noxxa Electric Multifunction Pressure_2.jpg

Nota: Oleh sebab resipi ini menggunakan benda tajam dan peralatan dapur, pengawasan orang dewasa adalah penting di dapur.


Philips Airfryer, Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker & BreadMaker Oven Toaster.jpg

  • Untuk membeli Philips Airfryer, di sini
  • Untuk membeli Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa, klik di sini
  • Untuk membeli Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa, klik di sini