Floating Icon
14 JUL 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 538 LIHAT 33 BERKONGSI

Dari Kalsium hingga Magnesium – Kepentingan Mineral dalam Air Minum



Air yang bersih dan sihat adalah elemen penting untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kita. Namun begitu, tidak semua air terturas dicipta sama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kebimbangan semakin meningkat tentang penggunaan air osmosis berbalik, yang kekurangan mineral penting seperti kalsium dan magnesium yang terdapat dalam air mineral. Mari kita terokai perbezaan antara kedua-duanya dan ketahui mengapa minum air terturas yang mengandungi kalsium dan magnesium boleh memberikan manfaat kepada kesihatan kita.



Apa itu air termineral?

Air termineral merujuk pada air yang mengandungi mineral penting seperti kalsium dan magnesium. Mineral-mineral ini memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh, termasuk mengekalkan tulang yang sihat, menyokong kesihatan kardiovaskular dan menggalakkan fungsi otot dan saraf yang sempurna.



Apa itu air osmosis berbalik?

Osmosis berbalik ialah proses penurasan air yang menyingkirkan kotoran dan bahan cemar daripada air. Walaupun ia berkesan menghapuskan bahan berbahaya, ia juga menyingkirkan mineral yang bermanfaat. Ini bermakna, minum air osmosis berbalik sahaja boleh menyebabkan tubuh anda kehilangan kalsium dan magnesium penting yang diperlukannya.

Mengapa kalsium penting untuk kesihatan yang baik?

Kalsium terkenal dengan peranannya dalam menggalakkan tulang dan gigi yang kuat. Ia penting untuk perkembangan dan penyelenggaraan tulang sepanjang hayat kita. Selain itu, kalsium menyokong fungsi otot, membantu pembekuan darah dan menyumbang pada transmisi saraf yang sihat.

Mengapa magnesium penting untuk kesihatan yang baik?

Magnesium memainkan peranan dalam lebih daripada 300 tindak balas enzim dalam tubuh. Ia membantu mengawal atur tekanan darah, menyokong sistem imun yang sihat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot dan saraf. Magnesium juga membantu dalam metabolisme tenaga, sintesis protein dan mengekalkan denyutan jantung yang stabil.

Manfaat kesihatan minum air termineral dengan kalsium dan magnesium



Tulang dan gigi yang lebih kuat: Pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi boleh membantu mencegah osteoporosis, keadaan yang dicirikan oleh tulang yang lemah. Mineral ini menggalakkan kepadatan tulang yang optimum dan mengurangkan risiko patah tulang.



Kesihatan kardiovaskular: Kalsium dan magnesium penting untuk mengekalkan ritma jantung yang sihat dan menyokong fungsi kardiovaskular. Kajian juga menunjukkan suplemen magnesium boleh membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah aritmia.



Menambah baik fungsi otot dan saraf: Kalsium dan magnesium bekerjasama untuk memastikan fungsi otot dan saraf yang sempurna. Paras yang mencukupi membolehkan mineral ini membantu mencegah kejang otot, spasma dan mengekalkan transmisi saraf yang sihat.



Meningkatkan penyerapan nutrien: Kalsium dan magnesium memainkan peranan dalam penyerapan dan penggunaan nutrien penting yang lain. Minum air yang kaya dengan mineral ini boleh menyokong penyerapan nutrien secara keseluruhan, yang membawa kepada kesihatan keseluruhan yang lebih baik.



Sifat pengalkalian: Air termineral, dengan kandungan kalsium dan magnesium semula jadinya, cenderung mempunyai pH yang agak beralkali. Mengekalkan keseimbangan asid-alkali yang sempurna dalam tubuh penting untuk kesihatan optimum dan boleh membantu mengatasi kesan makanan dan minuman berasid.



Akses mudah pada air termineral yang bersih dan sihat untuk anda dan keluarga anda

Setelah kita tahu betapa pentingnya minum air termineral, tiba masanya untuk melabur dalam sistem rawatan air berkualiti tinggi yang boleh menyingkirkan bahan cemar berbahaya daripada air minum anda dengan berkesan di samping mengekalkan mineral yang bermanfaat.

Direka untuk menambah baik rasa, bau dan kejernihan air minum anda, Sistem Rawatan Air eSpring  menggunakan Penuras Karbon yang berkesan menyingkirkan lebih daripada 140 kotoran namun mengekalkan mineral bermanfaat seperti kalsium dan magnesium, manakala Lampu Ultraungu (UV) memusnahkan sehingga 99.99 % bakteria dan virus dalam air minum. Tidak hairanlah ia memenangi pelbagai anugerah daripada Frost & Sullivan dan Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest di Malaysia dan Asia selama beberapa tahun berturut-turut.

Tunggu apa lagi? Dapatkan Sistem Rawatan Air eSpring di Amway.my hari ini!