16 DEC 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 508 LIHAT 37 BERKONGSI

140 Dan Banyak Lagi Sebab Untuk Bertukar Kepada Air Minum Terturas Hari Ini

Ramai orang memilih untuk memulakan Tahun Baru dengan berazam untuk hidup lebih sihat. Tetapi, satu aspek yang sering diabaikan oleh ramai orang ialah kesihatan dan keselamatan air minum mereka. Walau bagaimanapun, air bersih bukan sahaja penting untuk diminum tetapi juga untuk memasak.



Sejauh manakah anda yakin bahawa air minum anda bersih dan selamat? Mungkin cara yang paling kalis gagal untuk memastikannya adalah dengan memasang sistem rawatan air di rumah untuk memberikan diri anda dan insan tersayang akses mudah kepada air minum terturas sejernih kristal yang bebas daripada kotoran dan bau yang tidak menyenangkan.

Mencari lebih banyak sebab untuk menuras air minum di rumah anda? Bagaimana dengan lebih daripada 140?

Benar – lebih daripada 140.

Mari mulakan dengan ini: 

•   Plumbum 

•   Merkuri

•    Asbestos 

•    Radon 

•    Produk pereputan radon

•    Lebih daripada 30 racun perosak

•    Vinil klorida 

•    MTBE (sejenis aditif petrol) 

•    13 produk sampingan penyahjangkitan, termasuk THM iaitu produk sampingan yang berpotensi dihasilkan daripada penggunaan klorin untuk menyahjangkit air 

•    Disyaki karsinogen yang mungkin wujud dalam air minum 

•    Lebih daripada 20 pengganggu endokrin 

TIni hanyalah sebahagian daripada senarai bahan cema yang mungkin terdapat dalam air minum anda selepas ia meninggalkan loji rawatan air. 

“Pencemaran air boleh datang daripada pelbagai sumber termasuk industri, pertanian dan alam semula jadi,” kata Rob Missman, Jurutera Penurasan Air di Amway. “Sistem pengagihan air minum – termasuk paip, takungan air di atas bumbung, malah komponen paip di dalam rumah yang berkarat – juga boleh menjadi punca.

“Ini bukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai tentang kualiti air mereka, tetapi untuk menyedarkan mereka tentang kebarangkalian pencemaran dan manfaat mempunyai penyelesaian rawatan air di rumah anda.”

Penuras air titik penggunaan bertindak sebagai perintang terakhir antara bahan cemar dan air minum anda. Terdapat beberapa jenis penuras yang menawarkan tahap prestasi yang berbeza-beza. Keputusan, keputusan – bagaimana anda membuat pilihan?



Sistem Rawatan Air eSpring berkesan mengurangkan lebih daripada 140 bahan cemar yang berpotensi menjejaskan kesihatan, tetapi ia mengekalkan mineral dan nutrien yang bermanfaat seperti kalsium, magnesium dan fluorida. Bagaimana ini boleh berlaku?

Semuanya disebabkan Penuras Karbon termaju, yang diperbuat daripada karbon yang diaktifkan berasaskan tempurung kelapa untuk penurasan yang optimum. Selain itu, Lampu UV memusnahkan hingga 99.99% bakteria dan virus untuk air termineral sejernih kristal yang tulen, bersih dan selamat.

Risau tentang pemasangan dan penyelenggaraan? Jangan risau – eSpring bukan sahaja mudah digunakan tetapi juga mudah dipasang dan diselenggara. Pastikan anda mengganti kartrij dan menukar bahagian yang lusuh apabila perlu untuk keberkesanan dan kebersihan yang optimum. Jaga eSpring anda dan ia akan menjaga anda pada tahun-tahun mendatang.

Jadi, jika anda mahu melindungi kesihatan keluarga anda, dan mempunyai air yang lebih bersih, lebih selamat, pilihlah Sistem Rawatan Air eSpring untuk rumah anda! Tersedia di Amway.my