Floating Icon
30 DEC 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 963 LIHAT 24 BERKONGSI

5 Azam Kesihatan yang Ringkas untuk Tahun 2022

Akhirnya tahun baru sudah tiba! Sambil anda bersiap sedia secara fizikal dan mental untuk tahun akan datang, jangan lupa untuk menetapkan azam Tahun Baru anda! Berikut adalah 5 azam kesihatan yang perlu disemat di minda untuk tahun 2022.


MAKAN BERSIH (AMBIL LANGKAH KECIL!)

Kita semua pernah mempunyai azam Tahun Baru untuk ‘makan lebih sihat’ pada suatu ketika dulu. Sama ada untuk satu sebab atau yang lain, bukan semua orang dapat mencapai matlamat mereka. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang baik untuk menyalurkan sikap berkobar-kobar itu pada permulaan tahun untuk memastikannya terus kekal.

Penyelesaian yang mudah: Mulakan dengan Sedikit.

Cuba mengamalkan diet yang ketat mungkin akan membebankan diri anda jika anda belum pernah menjalani diet sebelum ini. Secara alternatif, kurangkan pengambilan nasi atau karbohidrat anda kepada separuh atau pilih makanan lebih sihat dan gantikan dengan protein, sayuran berdaun dan bahan berserat tinggi. Ini adalah penyelesaian yang ideal untuk orang dewasa yang sibuk bekerja yang mungkin tiada masa untuk menyediakan makanan untuk sepanjang minggu. Walaupun anda hanya pergi ke gerai murah kegemaran anda, pilihlah untuk kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayuran!

BodyKey Meal Replacement Shake and Nutrilite Soy Protein Drink are great for weight watchers.jpg

Kurang bersarapan? Bekerja sepanjang waktu makan tengah hari? Jangan terlepas. Cubalah Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey dan tambahkan dengan 1-2 skup Minuman Protein Soya Nutrilite Soy. Minuman kocak ini bukan sahaja sarat dengan nutrien dan protein yang anda perlukan, rasanya juga enak! Dengan protein 17g dalam setiap hidangan dan 370mg kalsium, anda semestinya akan rasa bertenaga sepanjang hari. Tersedia dalam perisa Beri, Coklat dan Café Latte.

Petua: Anda akan terasa kenyang lebih lama apabila anda menambah Protein Soya ke dalam Minuman Kocak anda.


HIDRATLAH!

Practise good hydration with Nutrilite PhytoPOWDER.jpg

Anda mungkin kerap mendengarnya sebelum ini, tetapi minum lebih banyak air sudah pasti mempunyai manfaat kesihatannya. Pada Tahun Baru ini, tetapkan matlamat untuk minum lebih banyak air dan kurangkan pengambilan gula. Ini termasuk minuman berkarbonat dan kordial. Anda disyorkan agar minum 8 gelas air setiap hari, tetapi jika anda mendapati pengambilan air harian anda agak hambar, apa kata campurkannya dengan Nutrilite’s PhytoPOWDER? Kekal terhidrat dan bertenaga dengan perisa buah seperti Oren, Lemon dan Ceri.

Petua: Inginkan sesuatu yang bergas tanpa rasa bersalah kerana mengambil terlalu banyak gula? Sebaliknya cubalah Minuman Tenaga XS.


KESIHATAN & KEGEMBIRAAN BERGERAK SEIRINGAN

Tahun Baru boleh membawa banyak peluang dan perjalanan baru yang mengujakan, tetapi ini bermakna lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengharungi hari tersebut. Rangsangkan tenaga anda dengan Nutrilite DOUBLE X.

Menggandingkan bahan-bahan berasaskan tumbuhan dengan sains moden ke dalam suplemen diet semua dalam satu, DOUBLE X memberi badan anda perlindungan dan pertahanan yang diperlukan untuk meningkatkan kesihatan anda ke tahap seterusnya.

DOUBLE X is a great energy booster_BM.jpg

Tercari-cari suplemen kesihatan dan vitamin untuk memulakan pelan kecergasan anda? Sertai Program Kesetiaan Amway! Daftar untuk pelan langganan 6 bulan serta dapatkan penghantaran PERCUMA dan diskaun produk. Ketahui lebih lanjut di sini: https://www.amway.my/sopProducts


SENAMAN YANG KERAP

Jangan terus menyertai kelas HIIT! Serasikan diri anda dengan rutin senaman yang sihat dan konsisten* supaya anda boleh mengekalkannya sepanjang tahun. Mulakan dengan ringkas — berjalan di waktu petang di sekitar kejiranan anda. Rancang sesi mendaki yang menyeronokkan bersama sekumpulan rakan pada hujung minggu. Ini boleh menjadi alasan untuk lari daripada tugasan harian agar dapat menikmati udara segar dan pemandangan indah!

Maintain your fitness levels by exercising frequently.jpg

Terdapat banyak laluan pendakian dan taman yang cantik di Lembah Klang untuk diterokai, jadi apa kata bawa bersama rakan karib anda dan berseronoklah!

*Disyorkan minimum senaman 30 minit untuk mula membakar kalori. Jangan sia-siakannya!


MINDA SIHAT = BADAN SIHAT

Keadaan minda anda mempunyai kesan yang lebih mendalam pada badan anda daripada yang anda jangkakan. Tekanan boleh menyebabkan pelbagai gejala fisiologi, termasuk sakit kepala, sakit badan, insomnia dan menggangu sistem imun anda. Ini menyebabkan anda mudah terdedah kepada penyakit.

Mengamalkan keprihatinan dapat memberi manfaat kepada keadaan keseluruhan anda, baik dari segi mental dan fizikal. Keprihatinan bukan sahaja tentang bertafakur – ia adalah tentang mengambil masa untuk mengutamakan keperluan anda daripada segalanya, Luangkan masa dalam hari anda untuk meregangkan badan anda dari tempat duduk anda, untuk memeluk orang tersayang (pasangan, anak atau haiwan peliharaan!), atau menonton beberapa rancangan TV!

Spend time with your family.jpg

Bertafakur adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengamalkan keprihatinan, tetapi menulis journal dan mengambil masa untuk menikmati hobi anda juga adalah satu bentuk keprihatinan yang hebat.

Petua: Jangan lupa yang anda memerlukan minimum 8 jam tidur setiap hari untuk berfungsi secara efektif sepanjang hari.


SELAMAT TAHUN BARU DAN DIRI ANDA YANG BARU!

Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya dan kita sebagai warga Malaysia benar-benar telah menunjukkan semangat juang dengan #kitajagakita. Walaupun gelombang ketidakpastian telah melanda, kita terus bertahan. Sorakan untuk anda: warga kita yang berani, untuk kekuatan anda yang berterusan dan berkembang. Selamat Tahun Baru!

  • Untuk berita terkini tentang Nutrilite dan rangkaian produknya, ikuti kami di sini: Nutrilite Malaysia

  • Untuk rutin senaman dan berita terkini tentang BodyKey dan XS, ikuti kami di sini: @bodykeyxsynergy