Floating Icon
20 JUN 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1695 LIHAT 86 BERKONGSI

5 Petua Untuk Meningkatkan Kesihatan Jantung

Data Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan bahawa sakit jantung atau penyakit berkaitan kardiovaskular sebagai punca kematian utama di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, organ yang paling ‘kuat bekerja’ ini harus diberi perhatian serius dan penjagaannya perlu diutamakan.

Selain saringan pemeriksaan awal yang membantu mencegah masalah berkaitan penyakit jantung, kita juga harus memberi keutamaan kepada gaya hidup sihat secara keseluruhan.

Berikut adalah lima petua yang boleh diamalkan untuk penjagaan jantung yang sihat demi kualiti hidup yang lebih sempurna dan kesejahteraan diri.



1. Berat badan yang sihat

Watch your weight to protect your heart.jpg

Menurut statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, satu daripada dua dewasa di Malaysia berada dalam kategori obesiti abdomen. Oleh itu, penjagaan kesihatan jantung bermula dari berat badan yang selari dengan saiz tubuh dan usia anda. Amalkan gaya hidup sihat bagi mengekalkan berat badan paling ideal iaitu bacaan indeks jisim tubuh (BMI) di antara 18.5 dan 24.9. Sekiranya bacaan BMI anda melepasi 25.0, maka jangan berlengah lagi untuk mengambil tindakan seperti mengamalkan diet sihat dan seimbang serta bergerak aktif. Sebaiknya, awasi BMI sejak muda lagi agar kekal dalam bacaan yang sihat.


2. Amalkan senaman kardio

Get your heart pumping.jpg

Kita boleh bersenam mengikut kesesuaian dan keselesaan, namun beri keutamaan kepada senaman yang menguatkan jantung seperti senaman kardio. Senamrobik, yoga, senaman regangan otot dan senaman kekuatan amat sesuai untuk kesihatan jantung. Menurut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, lakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana dalam seminggu. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan sesuatu senaman atau sukan agar ia selari dengan kondisi kesihatan semasa, umur dan kemampuan tubuh badan. Bermulalah awal supaya tubuh badan dan jantung tidak berdepan dengan kejutan apabila dilakukan secara tiba-tiba.


3. Suplemen kaya Omega

Omega-3 is good for your heart.jpg

Tahukah anda, makanan yang kaya dengan Omega-3 dan DHA boleh membantu menjaga kesihatan jantung secara optimum? Suplemen yang mengandungi Omega-3 dan kaya DHA sesuai untuk membersihkan saluran darah daripada tersumbat akibat pengumpulan kolesterol. Kajian mendapati tahap diet asid lemak omega-3 dalam kalangan responden terdiri daripada rakyat Malaysia masih rendah iaitu dalam lingkungan 0.22 – 0.28% kkal iaitu di bawah julat yang disyorkan di Malaysia, 0.301-1.20% kkal, dan ia sekali gus menyimpulkan tentang keperluan pengambilan suplemen Omega-3 atau Omega Complex.


4. Pemakanan Sihat

Eat healthily for heart health.jpg

Bercakap tentang kesihatan, makanan menjadi elemen terpenting yang harus diambil kira. Pemakanan seimbang yang kaya dengan nutrisi adalah terbaik untuk melawan penyakit berkaitan kardiovaskular. Pemakanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin gandum dan produk tenusu tanpa lemak banyak membantu dari aspek kesihatan kardiovaskular. Terdapat pelbagai pilihan diet yang anda boleh pilih mengikut nasihat doktor atau pakar nutrisi.


5. Elakkan Merokok

Avoid smoking for better heart health.jpg

Merokok boleh membawa kesan yang memudaratkan kepada sesiapa sahaja, terutamanya terhadap organ badan seperti paru-paru dan jantung. Merokok boleh merosakkan arteri dan mengancam fungsi jantung sehingga boleh membawa maut. Oleh itu, penting bagi perokok tegar agar mempertimbangkan untuk berhenti merokok dan membantu diri mencegah daripada penyakit jantung. Sememangnya, ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi tetapi demi jantung yang sihat, lakukannya hari ini juga.

Setiap usaha yang diambil untuk menjaga kesihatan adalah demi kehidupan yang berkualiti. Oleh itu, jangan abaikan kepentingan gaya hidup sihat dan pastikan jantung anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa.


Rujukan:

  1. https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_BM.pdf
  2. Gi-Byoung Nam, Exercise, Heart and Health, Korean Circulation Journal 2011; 41(3): 113-121  
  3. https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_BM.pdf
  4. https://www.amway.my/Categories/Kesihatan/Vitamin-dan-Makanan-Tambahan/Vitamin-Penting/Nutrilite-Salmon-Omega-Complex---60-gel-lembut/p/100066
  5. Ernst J Schaefer (2002) Lipoproteins, nutrition, and heart disease, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 75, Issue 2, February 2002, Pages 191–212, https://doi.org/10.1093/ajcn/75.2.191
  6. A.Judson Wells, Passive smoking as a cause of heart disease, Journal of the American College of Cardiology, Volume 24, Issue 2, 1994, Pages 546-554