Floating Icon
17 FEB 2021 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 1152 LIHAT 29 BERKONGSI

Membakar, Menggril dan Memanggang Hidangan Sihat dengan Noxxa

Tidak dapat dinafikan, salah satu nikmat hidup paling hebat ialah disambut dengan aroma semerbak roti yang baru dibakar lagi lazat dari dapur ketika bangun pagi. Malah, membuat roti dan kudap-kudapan lain adalah hobi yang amat menenangkan dan kreatif. Ia bukan sahaja melibatkan deria anda tetapi juga cara menunjukkan kasih sayang anda kepada orang tersayang.

Bake your own bread cookies and cakes

Roti dan kudap-kudapan lain buatan sendiri adalah usaha yang berbaloi kerana ia bukan sahaja lebih segar dan enak tetapi juga lebih sihat berbanding dengan yang dibeli di kedai; penuh dengan bahan tambahan, pengawet dan lemak trans yang tidak sihat agar tahan lama. Selain itu, anda dapat mengawal sepenuhnya bahan-bahan yang masuk ke dalam roti dan anda boleh menyesuaikan resipi mengikut cita rasa anda.

Bake your own bread

Tetapi secara jujur, membuat roti segar bukannya mudah. Ia melibatkan proses yang lama daripada mengadun hingga menaikkan doh sebelum memasukkannya ke dalam ketuhar. Sungguhpun demikian, pemerhatian teliti pada jam dan ketuhar diperlukan agar roti yang terhasil mempunyai kerak keemasan yang cantik, tekstur yang lembut dan rasa yang enak.

Roti akan menjadi hitam dan keras seperti batu dan bau hangus di dapur anda jika anda terlepas pandang. Mujurlah perkara sebegini dapat dielakkan.

Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa - Rakan Dapur Anda yang Berguna untuk Membakar, Memanggang dan Menggril!

Grill meat and vegetables using the BreadMaker

Jika anda kekurangan masa atau tidak tertarik dengan proses pembuatan roti yang panjang, anda masih lagi dapat memenuhi matlamat anda untuk menghidangkan makanan yang sihat dan segar kepada keluarga anda dengan melabur dalam Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa. Sebagai pelaburan yang hebat dan berfaedah, perkakas pelbagai tugas yang bergaya ini bekerja keras dan cekap. Ia bukan sahaja membakar roti dan kek tetapi juga mempunyai fungsi memanggang, menggril dan membakar supaya anda dapat menjimatkan sedikit ruang di atas kaunter dapur anda.

Bake your own muffins

Membuat roti dan kek menjadi cepat, mudah dan tidak leceh dengan Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa yang dilengkapi 12 program mesin roti termasuk pelbagai pilihan membakar dan warna kerak. Oleh itu, anda akan mendapat pelbagai roti segar yang berkhasiat dan makanan bakar yang disesuaikan mengikut cita rasa anda.

Tingkap paparan yang besar membolehkan anda memeriksa makanan anda tanpa perlu membuka pintu. Jika anda perlu membuka pintu untuk memeriksa ketuhar pada bila-bila masa, anda hanya perlu menekan butang ‘pause’ dan ketuhar akan mula semula dari masa ia terhenti.

Bahkan, jika anda merancang hari yang sibuk dengan sedikit masa untuk memasak makan malam, ciri pemasa tunda akan melakukan keajaiban untuk anda. Anda boleh merancang sehingga 13 jam lebih awal. Oleh itu, hanya masukkan ramuan yang anda perlu masak sebelum anda keluar, tetapkan pemasa dan pulang dengan makanan yang sudah dimasak dengan sempurna dan sihat. Selain itu, fungsi prapanas, bakar, nyahbeku dan kekal hangat menjadikan penyediaan makanan amat mudah!

Noxxa BreadMaker Oven Toaster

Jadi, bertenang. Tidak perlu lagi bersusah-payah. Anda boleh memasak, membakar dan menggril seperti seorang profesional dengan pembantu anda yang boleh diharap ini, Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa.

Dapatkan Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa anda hari ini!