Floating Icon
20 MAR 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 1392 LIHAT 67 BERKONGSI

Kegemaran Pelanggan 2024 – Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS

Washing_Your_Produce_with_Water_Alone_is_not_Enough!.jpg

Apabila bercakap tentang kesihatan kita, kepentingan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak boleh dipertikaikan. Namun begitu, untuk benar-benar meraih faedahnya, kaedah pembersihan yang sempurna adalah penting. Anehnya, salah tanggapan popular yang berterusan hingga ke hari ini adalah membilas hasil dengan air sudah memadai.

Hari ini ketika kami meneruskan siri Kegermaran Pelanggan, kami akan memecahkan mitos ini dan menjelaskan fakta bahawa membersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran anda dengan air semata-mata tidak dapat melindungi kita daripada potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sisa racun perosak dan patogen.

Pesticide-Residue-A-Silent-Health-Hazard-BM.jpg

Mencuci Hasil Pertanian dengan Air Semata-mata Tidak Cukup!

Walaupun air membantu menghilangkan kotoran dan puing yang kelihatan pada buah-buahan dan sayur-sayuran, sangat penting untuk memahami batasannya. Air semata-mata tidak dapat menghilangkan bahan cemar seperti sisa racun perosak dan mikroorganisma dengan berkesan. Kajian yang dijalankan oleh United States Department of Agriculture (USDA) telah menunjukkan bahawa membilas hasil pertanian dengan air hanya menghilangkan kira-kira 75-80% sisa racun perosak yang terdapat pada permukaannya; meninggalkan banyak lagi walaupun selepas dibilas1.

Sisa Racun Perosak: Bahaya Kesihatan Senyap

Racun perosak digunakan secara meluas dalam pertanian moden untuk melindungi tanaman daripada pelbagai perosak dan penyakit. Namun begitu, sisanya kekal pada hasil walaupun selepas dituai. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sisa racun perosak berpotensi menimbulkan risiko kesihatan, termasuk masalah saraf, gangguan hormon, malah peningkatan risiko jenis kanser tertentu2.

Pathogens_An_Unseen_Threat.jpg

Patogen: Ancaman yang Tidak Kelihatan

Selain sisa racun perosak, hasil pertanian yang tidak dicuci mungkin mengandungi bakteria, virus dan parasit berbahaya yang membawa kepada penyakit bawaan makanan. Patogen ini yang termasuk E.coli, salmonela dan listeria, boleh menyebabkan gangguan dan jangkitan  gastrousus yang teruk, malah dalam sesetengah kes menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Proses pembersihan yang teliti sangat penting untuk menghapuskan bahaya tersembunyi ini dengan berkesan3.



Clean_Your_Fruits_and_Vegetables_with_the_DISH_DROPS_Concentrated_Dishwashing_Liquid.jpg

Kaedah Mengejutkan yang Berkesan untuk Membersihkan Hasil Pertanian Anda

Kami syorkan anda mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran dengan Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS! Benar. Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS kami juga direka untuk mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran – di samping mencuci pinggan mangkuk (baca terus untuk mengetahui caranya).

Formula BIOQUEST-nya yang unik mengandungi bahan berasaskan bio yang sangat aktif yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah sitrus dan mineral. Semua produk Formula BIOQUEST memberikan prestasi pembersihan yang hebat dan pekat, terbiodegradasi dan diuji secara dermatologi yang menjadikannya selamat untuk mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran anda!

Mencuci Buah-buahan dan Sayur-sayuran anda dengan Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS

  1. Cairkan 1ml pencuci pinggan mangkuk di dalam lima liter air, rendam sayur-sayuran atau buah-buahan selama beberapa minit (tidak lebih daripada 5 minit).
  2. Bilas bersih-bersih.

Untuk memastikan keselamatan buah-buahan dan sayur-sayuran kita, sekadar membilas dengan air sahaja tidak cukup. Teruja untuk hidup lebih sihat dengan menyertakan hasil pertanian yang bersih dalam diet anda? Dapatkan Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS anda sekarang!

Sumber:

1. United States Department of Agriculture (USDA): Agricultural Research Service. (2008). Pesticide Data Program. Retrieved from https://www.ams.usda.gov/pesticides-pest-management/pesticide-data-program

2. Environmental Working Group. (2020). "Dirty Dozen" and "Clean Fifteen." Retrieved from https://www.ewg.org/foodnews/dirty-dozen.php

3. Johnson, D. R., & Brookmole, R. A. (2013). Evaluation of methods for removing pesticide residues from produce. Journal of Food Science, 78(8), R1353-R1359. doi: 10.1111/1750-3841.12162