Floating Icon
16 FEB 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 1111 LIHAT 61 BERKONGSI

Pegaga Petua Awet Muda

Apa itu pegaga?

Ianya sejenis tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan dipercayai sejak turun-temurun lagi dalam kalangan orang Asia. Pegaga atau nama saintifiknyaCentella asiatica’ merupakan tanaman yang banyak didapati di Asia seperti India, Jepun, China, Indonesia dan Malaysia.

Centella Asiatica Plant

Pegaga sering dijadikan ulam-ulaman kerana khasiatnya yang membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, ia juga digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Ia juga turut digunakan di Jepun, India, China dan Indonesia.

Ia juga boleh didapati dalam bentuk jus, pil, kapsul atau serbuk untuk memudahkan pengambilan untuk kesihatan. Antara khasiat kesihatan dan kecantikan yang sering dikaitkan dengan pegaga ialah:

  • Membantu merawat penyakit saraf
  • Membantu merangsang otak
  • Mengubati masalah mata
  • Merawat kerosakan kulit
  • Meningkatkan peredaran darah

Selain diambil dalam bentuk minuman atau suplemen, pegaga juga telah dijadikan kandungan dan bahan untuk produk penjagaan kulit dan kecantikan seperti pencuci muka, krim dan juga masker wajah.

Di Amway, kami telah menjalankan penyelidikan terhadap pegaga dan mengakui keberkesanan tumbuhan ini dalam kecantikan dan kesihatan kulit.


Khasiat Kecantikan Pegaga

Ramuan utama dalam ARTISTRY Blooming Sleeping Mask ialah pegaga yang telah dirumus khas dan telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi. Masker ini mengandungi Fermentia CICA, iaitu Centella (pegaga) yang telah ditapai. Ia terbukti secara klinikal berkesan melegakan keradangan, menghidratkan kulit dan merawat kerosakan kulit yang disebabkan sinar UV dan pencemaran.

Dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan, ia pasti memberi kesan yang sangat baik pada kulit anda. Antara khasiat ARTISTRY Blooming Sleeping Mask yang dihasilkan daripada ekstrak pegaga ini ialah:

  1. Memulihkan keadaan kulit anda 
      Kulit kering atau rasa tak selesa akibat penggunaan alat solek atau terdedah kepada cuaca panas atau penghawa dingin yang berpanjangan? Penggunaan ARTISTRY Blooming Sleeping Mask dapat melembapkan dan menyejukkan kulit. Ia mengembalikan kesegaran pada kulit dan menjadikan lebih berseri.
  2. Mengembalikan keanjalan kulit akibat kesan penuaan yang mula muncul disebabkan pencemaran, kesan sinar UV dan juga kulit kering.
      Pemakaian ARTISTRY Blooming Sleeping Mask dapat merehatkan kulit akibat aktiviti seharian yang kita lakukan.
  3. Ia juga mempunyai antioksidan yang mana membantu mengurangkan toksin. Dengan rawatan yang intensif, ia membantu mengurangkan toksin yang disebabkan oleh penggunaan alat solek dan pencemaran udara.
  4. Melembapkan kulit
      Khasiat dari pegaga ini membantu mengekalkan kelembapan kulit bermula dari dalam.
  5. Mengurangkan kesan dan tanda parut jerawat
      Dengan penggunaan yang berterusan, ia dapat membantu mengurangkan kesan dan tanda parut jerawat sekaligus membantu mengurangkan cela pada wajah.

Siapa yang sesuai untuk menggunakan ARTISTRY Blooming Sleeping Mask?

Ianya sesuai untuk lelaki atau wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit serta ingin sentiasa kelihatan muda daripada usia sebenar. Sekiranya anda sering memakai solekan, kami sarankan penggunaan ARTISTRY Blooming Sleeping Mask ini untuk merehatkan kulit anda.

Sekiranya anda seorang yang aktif dan sering terdedah kepada matahari atau selalu melakukan aktiviti luar, pemakaian masker ini membantu mengembalikan kelembapan pada kulit anda yang mungkin telah mula mengalami kekeringan akibat aktiviti luar.

ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Blooming Sleeping Mask


Bagaimana pula dengan cara penggunaan ARTISTRY Blooming Sleeping Mask ?

Bersihkan kulit anda dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai. Kemudian pastikan anda sudah lengkap menggunakan set penjagaan kulit anda untuk waktu malam. Selepas itu, barulah ARTISTRY Blooming Sleeping Mask dipakai pada langkah terakhir untuk merehatkan kulit anda. ARTISTRY Blooming Sleeping Mask dipakai pada waktu malam sebelum anda tidur dan dibiarkan semalaman. Ia boleh dipakai setiap hari atau 2 ke 3 kali seminggu. Sangat mudah penggunaannya tanpa perlu dibilas dan juga tidak mengotorkan kerana ia bertekstur seperti krim yang lembut dan ringan.

Usah tunggu lagi untuk mendapatkan kulit yang kekal berseri, anjal dan kelihatan awet muda. Dengan penggunaan masker muka yang memiliki pelbagai khasiat untuk kulit, anda dapat mengembalikan ‘usia muda’ anda.