Floating Icon
19 OCT 2023 GAYA HIDUP 5 MINIT BACA 1131 LIHAT 76 BERKONGSI

Kegemaran Pelanggan 2024 – Minuman Protein Soya Nutrilite



Undian anda telah menentukannya! Ketika memulakan tahun keempat meraikan Kegemaran Pelanggan, kami akan menyelami dunia mengujakan produk-produk yang paling anda gemari daripada Nutrilite, XS, ARTISTRY dan Amway Home Care.

Pada bulan ini, kami memperincikan tentang Minuman Protein Soya Nutrilite – sumber protein penting yang didatangkan dalam perisa yang lazat seperti teh hijau, beri campuran, coklat dan perisa asli untuk mereka yang suka mencampurkan protein dengan sajian lazat yang lain. Siapa sangka mengekalkan kesihatan boleh menjadi pengalaman yang begitu menyelerakan?



Mitos: Protein Soya Meningkatkan Estrogen?

Dengan pelbagai mitos yang tertebaran di internet tentang makanan berkhasiat, protein soya mempunyai cerita yang tersendiri. Anda mungkin pernah terjumpa pernyataan “protein soya meningkatkan estrogen” dan ini agak membimbangkan. Terutamanya jika anda seorang lelaki yang menekankan tentang imej lasak atau jika anda seorang pengunjung setia gim yang yang risau soya mungkin menghalang kehilangan otot.

Tetapi jangan bimbang kerana kami telah mengkaji sainsnya untuk anda dan hakikatnya jelas dan nyata. Walaupun soya mengandungi sebatian yang dikenali sebagai fitoestrogen yang berkongsi beberapa persamaan dengan estrogen, kesannya kepada badan berbeza sama sekali.

Jadi, walaupun terdapat kebimbangan soya boleh menjejaskan hormon anda, banyak kajian telah menunjukkan sebaliknya. Pengambilan soya yang sederhana tidak akan menjadikan lelaki bersifat feminin atau mengganggu hormon wanita. Jadi, tidak perlu berpeluh dingin melainkan anda masih berada di gim – jika begitu, keluarkan peluh dan bakar kalori!

Sementara itu, kami dengan yakin mengatakan bahawa mitos ini telah disangkal sepenuhnya oleh komuniti saintifik dan pemakanan.



Protein Soya: Satu Kemestian dalam Diet Anda

Malangnya, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah ramai rakyat Malaysia tidak memenuhi pengambilan protein harian yang disyorkan dan mengelakkan protein soya tidak akan membantu. Menurut satu kajian pada 2021 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, purata rakyat Malaysia mengambil hanya kira-kira 57g protein sehari, jauh di bawah pengambilan harian yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu 83g.

Untuk mengetahui keperluan protein anda, sasarkan 1g protein untuk setiap kilogram jumlah berat badan anda setiap hari.

Penyelesaian kekurangan protein nasional ini mudah – sertakan lebih banyak protein soya dalam diet anda. Dengan Minuman Protein Soya Nutrilite, anda mendapat campuran soya, gandum dan kacang pis kuning yang berkhasiat, semuanya diperoleh melalui Proses Kebolehjejakan 9 Langkah Nutrilite kami yang memastikan keselamatan dan kualiti terbaik.

Selain itu, antara semua manfaat protein soya, Minuman Protein Soya Nutrilite mengandungi sembilan asid amino perlu yang meningkatkan sistem pencernaan badan, menyokong pertumbuhan dan pembaikan tisu, malah memainkan peranan dalam menghasilkan hormon dan neurotransmiter otak untuk memastikan anda kekal cerdas.

Lebih hebat lagi, Minuman Protein Soya Nutrilite merupakan sajian lazat yang berkhasiat untuk semua orang. Ia sesuai untuk vegetarian, bebas laktosa, rendah lemak dan kolesterol serta tidak mengandungi bahan yang berasal daripada haiwan.

Selain itu, ia mendapat skor satu dalam Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS) yang menandakan kualiti tertinggi protein dan asid amino yang mudah dicerna. Ini bermakna anda dan insan tersayang boleh menikmati kesihatan optimum tanpa berfikir dua kali.

Nanti dulu, ada lagi! Minuman Protein Soya Nutrilite melengkapkan makanan dan minuman kegemaran anda yang lain, memudahkan anda memenuhi pengambilan protein harian anda tanpa melampau batas – malah ia membantu menahan rasa lapar selepas menikmatinya!

Memanfaatkan Kuasa Protein Soya

Itulah sebabnya, walaupun ada khabar angin yang tersebar, Minuman Protein Soya Nutrilite terus menjadi salah satu produk terlaris Nutrilite, dan wajarlah ia dipilih sebagai Kegemaran Pelanggan. Jika anda ingin tahu apa yang menjadikan Minuman Protein Soya Nutrilite kegemaran ABO dan pelanggan kami, hanya klik pautan di bawah untuk memulakan perjalanan ke arah diri anda yang lebih sihat dan lebih cergas hari ini!



Sumber:

1. Messina, M. (2010). Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: A critical examination of the clinical evidence. Fertility and Sterility, 93(7), 2095-2104. - This comprehensive review assesses the results of several studies, concluding that soy isoflavones do not exert feminizing effects on men.

2. Hamilton-Reeves, J. M., Vazquez, G., Duval, S. J., Phipps, W. R., & Kurzer, M. S. (2010). Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: Results of a meta-analysis. Fertility and Sterility, 94(3), 997-1007. - This meta-analysis examines multiple clinical studies involving men, suggesting that soy protein or isoflavone intake does not significantly influence reproductive hormones.

3. Hooper, L., Ryder, J. J., Kurzer, M. S., Lampe, J. W., & Messina, M. J. (2009). Effects of soy protein and isoflavones on circulating hormone concentrations in pre- and post-menopausal women: A systematic review and meta-analysis. Human Reproduction Update, 15(4), 423-440. - This systematic review and meta-analysis focuses on women, concluding that soy protein or isoflavone consumption in moderate amounts does not adversely impact hormone levels.

4. Messina, M., & Redmond, G. (2006). Effects of soy protein and soybean isoflavones on thyroid function in healthy adults and hypothyroid patients: A review of the relevant literature. Thyroid, 16(3), 249-258. - This review examines the relationship between soy protein and isoflavones on thyroid function, dispelling concerns of hormonal disruption in healthy individuals and hypothyroid patients.