Floating Icon
19 SEP 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 575 LIHAT 18 BERKONGSI

Kesan kuning deodoran pada baju? Ini yang anda perlu tahu.



Semua orang tidak kira aktif secara fizikal atau sebaliknya akan tetap berhadapan dengan masalah peluh yang mengakibatkan bau badan. Ia mungkin berpunca daripada makanan, cuaca atau haba dalaman badan sendiri.

Lazimnya, penggunaan deodoran adalah untuk menangani bau badan dengan membasmi bakteria penyebab peluh dan juga mencegah bau peluh. Tetapi bagaimanakah pula kesannya pada pakaian?



Benarkah deodoran merosakkan pakaian?

Antara masalah yang dihadapi akibat penggunaan deodoran ialah kesan tompokan yang terhasil apabila bahan kimia di dalam deodoran bertindak balas dengan peluh. Ini boleh merosakkan pakaian atau meninggalkan kesan yang sukar dibersihkan.

Lama-kelamaan, kesan kekuningan pada bahagian kulit yang aktif berpeluh seperti bawah ketiak langsung tidak dapat dihilangkan. Ia pasti membimbangkan apabila anda memilih atau menggunakan deodoran berbuli mahupun semburan.



Apakah punca peluh dan bau badan?

Peluh yang melampau atau bau badan yang terlalu kuat berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya pengambilan makanan yang mengandungi herba atau rempah1. Rakyat Malaysia sememangnya menggunakan banyak bahan tersebut dalam masakan. Maka, tidak hairanlah peluh berlebihan disebabkan oleh diet kita sendiri.

Ingat, jika anda menghadapi masalah kesan tompokan peluh, anda harus menggunakan deodoran yang membantu mengawal peluh dan dalam masa yang sama, selamat untuk kulit.



Mampukah deodoran yang mesra alam memberi kesan positif pada kulit?

Bagi mengatasi masalah peluh dengan formulasi yang lebih mesra pakaian dan selamat untuk kulit,  Deodoran & Antipeluh Berbuli G&H PROTECT+ menjadi pilihan. Ia menawarkan perlindungan selama 48 jam dengan wangian yang disebatikan tanpa merengsa atau menyebabkan kesan tompokan yang mengubah warna kulit mahupun meninggalkan kesan pada pakaian.

Menariknya, ia menggunakan formula yang menggabungkan unsur botani seperti ekstrak teh putih yang kaya antioksidan dan ekstrak buah bilberi yang mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kulit. Mineral semula jadi juga membantu memulihkan tona kulit serta mengeluarkan kekotoran.

Selain membantu mengawal bau, mengurangkan kesan dan melindungi kulit daripada rasa basah, ia juga mengelakkan pakaian daripada terkena kesan kotoran dan peluh yang tidak diingini.

Bagi mereka yang tidak selesa dengan deodoran jenis berbuli yang digosok pada permukaan kulit, usah risau. Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+ turut menawarkan manfaat yang sama tetapi dalam bentuk semburan.

Selain bahan seperti ekstrak teh putih, ekstrak buah bilberi dan bahan mineral semula jadi, ia juga mengandungi Vitamin C dan Lichen Plus yang mengawal peluh dan mengurangkan bau.

Paling penting, kedua-dua deodoran ini diuji secara dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit.



Kesan kotoran pada baju boleh hilang dalam sekelip mata

Kadangkala, kita sememangnya tidak boleh mengelak pakaian kita daripada terkena kesan peluh. Jika ia terjadi, jangan putus asa. Itu tidak bermakna anda terpaksa membuang pakaian tersebut. Sebaliknya, terdapat pelbagai pencuci pakaian yang memberi penyelesaian sempurna.

Penyembur Pracuci & Penanggal Kesan Kotoran SA8 mengandungi komponen aktif alam semula jadi yang terbiodegradasi dan tidak memudaratkan. Anda tidak lagi perlu menyental atau merendam pakaian lama-lama, sebaliknya hanya sembur pada kesan kotoran dan cuci.

Manakala Detergen Serbuk Cucian Pekat Premium SA8 pula menghapuskan kesan kotoran dengan serta-merta agar pakaian kekal cerah dan putih. Ia juga mesra kulit dan dalam masa yang sama membersih dengan begitu berkesan.

Akhir sekali, Peluntur Fabrik SA8 yang paling diminati untuk membersihkan pakaian putih dan berwarna. Hanya cuci sekali menggunakan peluntur ini untuk menghilangkan kesan kotoran yang degil termasuk kesan peluh.

Tunggu apa lagi? Dapatkan semua produk ini di Amway.my sekarang!

Sumber:

  1. Matt Smith, Can What You Eat Make You Sweat?, Stephanie S. Gardner, MD June 02, 2020