Floating Icon
24 NOV 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 617 LIHAT 22 BERKONGSI

Ladang ke Meja atau Biji Benih ke Kulit?

Kita semua tahu kepentingan menyuburkan tubuh luar dan dalam. Makan diet seimbang yang penuh dengan bijirin tulen, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta herba dan rempah-ratus bukan sahaja penting untuk memastikan tubuh anda kuat dan sihat tetapi juga untuk memastikan kulit yang cantik tanpa cela ketika tua.

Tidak hairanlah bahan-bahan yang disenaraikan pada produk penjagaan kulit yang hebat akan memasukkan bahan-bahan yang mungkin ada di dalam pinggan anda! Bayangkan makan bayam untuk kuasa antipenuaannya – siapa tahu?

Turut digunakan dalam ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing dan Firming Solution, berikut ialah 5 makanan unggul yang boleh anda temui di pasar raya. Mengapa tidak makan makanan ini untuk meningkatkan kesihatan kulit anda luar dan dalam?


1. Oat

Sama ada anda suka versi yang dileperkan atau dipotong keluli, oat memberikan rangsangan antioksidan dan menggalakkan usus yang sihat. Oat terkenal kerana menurunkan kolesterol jahat dan juga membantu melegakan kerengsaan kulit. Masak dengan susu panas atau taburkan di atas yogurt dan buah-buahan segar untuk sajian yang lazat.

Oats.jpg


2. Bayam

Sayur daun hijau ini kaya dengan Vitamin A, C dan K yang sangat baik untuk kulit. Bayam juga sumber mangan dan folat yang baik. Cepat dimasak dan serba guna, anda boleh menikmatinya mentah, direbus dalam sup, digoreng kilas atau dikisar dalam smoothie yang berkhasiat.

Spinach.jpg


3. Kunyit

Bahan asas dalam penyembuhan tradisional dan juga masakan Asia, kunyit sangat digemari kerana sifat antioksidan dan antiradangnya. Oleh itu, ia kekal menjadi pilihan popular untuk pelbagai penyakit kulit. Keupayaannya membantu melawan radikal bebas dan keradangan juga memastikan tubuh sihat.

Turmeric.jpg


4. Bunga Tea Olive

Juga dikenali sebagai osmanthus, bunga tea olive sangat wangi. Di China, teh hijau dan juga teh hitam biasanya diseduh dengan bunga tea olive. Kaya dengan antioksidan, ia juga digunakan dalam sup, ladu dan pencuci mulut. Pertimbangkan secawan teh osmanthus yang menenangkan untuk sesi penjagaan diri anda yang seterusnya.

Tea Olive Flower.jpg


5. Rosemary

Bukan sekadar teh yang menyegarkan minda dan tubuh atau tambahan yang lazat untuk kambing atau ayam panggang, herba ini penuh dengan antioksidan dan sebatian antiradang. Segar, kering atau serbuk, ia juga sumber zat besi, kalsium dan Vitamin B6 yang hebat.

Rosemary.jpg


Pastikan anda menyuburkan tubuh dan muka secara berasingan.

Tidak boleh makan semua makanan ini setiap hari? Kami faham. Selain kos, makan makanan yang sama berulang kali setiap hari kadangkala menjemukan.

Tahu tak? Anda tidak perlu berbuat begitu – itulah gunanya penjagaan kulit yang hebat!

ARTISTRY SKIN NUTRITION  disokong oleh janji kebolehjejakan Nutrilite, bermaksud ia menggunakan bahan organik yang diekstrak dengan sangat teliti. Yakinlah fitonutrien ini tulen, selamat, berkesan dan juga vegan.

ARTISTRY Traceability.jpg

Dirumus tanpa minyak mineral, paraben, ftalat dan surfaktan berasaskan sulfat yang berbahaya, pastikan anda menggunakan ARTISTRY SKIN NUTRITION solutions pagi dan malam untuk memastikan kulit anda menerima semua manfaat ini dan banyak lagi.

Pastikan kulit anda sihat dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION. Beli rangkaian ini di Amway.my