Floating Icon
02 AUG 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 852 LIHAT 65 BERKONGSI

Resipi Focaccia Bawang Putih & Rosemary

Focaccia (disebut fuh-kaa-chuh) adalah roti rata yang dibakar dalam oven. Bagi resipi ringkas dan mesti dicuba ini, ia diperisakan dengan hirisan kasar bawang putih dan rosemary.

Garlic & Rosemary Focaccia Recipe_3.jpg

Roti buatan sendiri dan pilihan lebih sihat daripada roti diproses yang dibeli di kedai, anda boleh menikmati roti pada bila-bila masa sama ada makan begitu sahaja atau makan dengan pencicah ‘vinaigrette balsamik’ yang dihasilkan dengan mudah mengguna minyak zaitun dan cuka balsamik.


Focaccia Bawang Putih & Rosemary

Bahan-bahan

Ingredients to make Garlic and Rosemary Focaccia.jpg

  • 210ml air
  • 1 sudu besar minyak zaitun (untuk doh)
  • 1 sudu kecil garam
  • 350g tepung roti
  • 7g yis segera
  • Beberapa tangkai rosemary
  • 4 sudu besar minyak zaitu (untuk hiasan)
  • 6-8 ulas bawang putih (dicincang)

Cara

  1. Masukkan mata penguli ke dalam loyang roti.
  2. Tuang air, tambah minyak dan garam.
  3. Masukkan tepung, satu sudu kecil rosemary yang telah dicincang dan akhir sekali yis di bahagian atas.
  4. Masukkan loyang roti ke dalam Oven Pembuat/Pembakar Noxxa. Pilih program PIZZA DOUGH dan tekan START. (Proses ini mengambil masa 55 minit untuk siap)
  5. Lapik dulang pembakar dengan kertas pembakar. Uli doh mengguna tangan selama kira-kira 1 minit. Anda boleh menambah sedikit tepung semasa menguli jika doh tersebut terlalu melekat. Tekan doh menjadi rata pada dulang pembakar.
  6. Tutup dengan plastik pembungkus lekap dan biarkan ia naik selama satu jam dalam Oven Pembuat/Pembakar Noxxa.
  7. Panaskan oven sehingga 220°C terlebih dahulu.
  8. Campurkan bawang putih cincang dengan 4 sudu besar minyak zaitun. Sapukan pada doh. Buat lekukan pada seluruh doh mengguna hujung sudu. Anda boleh memasukkan beberapa tangkai rosemary ke lekukan untuk hiasan.
  9. Bakar selama 20 minit.
  10. Sapu permukaan doh focaccia mengguna berus dengan sedikit lagi minyak zaitun dan tabur sedikit garam.
  11. Hidang ketika masih panas!

Noxxa BreadMaker Oven Toaster.jpg

Dapatkan Oven Pembuat/Pembakar Noxxa