Floating Icon
20 JUL 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 218 LIHAT 5 BERKONGSI

Sup Wantan Nenek

Bahan-bahan (untuk 1 orang):

  • 8 kpg kulit wantan segar
  • 50g keladi
  • 10g lobak merah
  • 30g cendawan kering
  • 5g ketumbar
  • 20g kubis
  • 10g suun
  • 10g bawang merah
  • 20ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table By Nutrilite
  • 2g garam
  • 1g serbuk lada putih

Air rebusan sayur (rebus bersama-sama)

  • 30g kubis jeruk
  • 3 kurma merah
  • 300ml air
  • Garam

Hidangan sampingan

  • 50g kubis daun atau brokoli

Sos pencecah

  • 5ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table By Nutrilite
  • Kicap

Cara:

  1. Rendam cendawan dalam air panas sehingga lembut. Perah airnya dan racik helai.
  2. Rendam suun sehingga lembut. Potong 3cm panjang.
  3. Hiris nipis keladi dan potong jalur. Goreng di dalam kuali sehingga perang keemasan. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  4. Racik helai lobak merah, kubis dan bawang merah. Cincang halus ketumbar.
  5. Tumis bawang merah, lobak merah, cendawan dan kubis dengan Minyak Biji Chia Putih sehingga lembut sedikit, dan perasakan dengan garam dan lada. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit. Kemudian, gaul rata bersama keladi, suun dan ketumbar. Ketepikan untuk inti wantan.
  6. Balut kira-kira 10g inti dengan setiap kulit wantan. Didihkan air di dalam periuk untuk memasak wantan selama kira-kira 2.5 minit. Tus dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuang air rebusan sayur.
  7. Celur kubis daun atau brokoli dalam air mendidih selama 2 minit. Tambah ke dalam sup wantan sebagai hidangan sampingan.
  8. Campurkan Minyak Biji Chia Putih dengan kicap untuk pencecah wantan. Selamat mencuba!