Floating Icon
09 AUG 2023 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 675 LIHAT 95 BERKONGSI

Memperkenalkan Kerusi Urut Gintell StarWay

Dari aromaterapi hingga tidur yang merehatkan, terdapat begitu banyak cara untuk bersantai selepas seharian bekerja keras. Tetapi bagaimana jika tugas fizikal atau duduk di meja selama berjam-jam memberikan kesan buruk kepada badan anda?

Apa yang boleh dilakukan jika anda benar-benar perlu melegakan sakit punggung, pinggang, bahagian bawah belakang, atas belakang dan bahu anda? Bolehkah anda mengurangkan ketegangan otot dan menurunkan tahap tekanan di rumah tanpa pergi ke spa?



Apa yang anda perlukan ialah kerusi urut berteknologi tinggi yang turut memberikan pengalaman deria yang menenangkan. Direka bentuk untuk membantu mengembalikan badan anda dalam keadaan optimumnya, Kerusi Urut Gintell StarWay menampilkan teknologi urutan termaju dengan sentuhan yang hampir seperti manusia. Hanya duduk dan biarkan ia mengurut, menepuk, mengetuk dan menggelek semua kelenguhan dan kesakitan anda.

Berikut adalah beberapa ciri luar biasa yang anda pasti suka…



Kemestian Kerusi Urut 1: Teknologi Kecerdasan Suara ViTec

Beritahu Kerusi Urut Gintell StarWay apa yang anda inginkan – teknologi Kecerdasan Buatan (AI) termasuk kawalan suara membolehkannya mendengar (dan bercakap) agar mudah digunakan.



Kemestian Kerusi Urut 2: Regangan Kiro 230°

Fakta menarik: 230° ialah sudut regangan badan yang optimum untuk melegakan sakit leher, bahu dan belakang. Itulah sebabnya penyandar 135cm XV-Track  termaju dan program regangan seluruh badan meliputi punggung, pinggang, bahagian bawah belakang, atas belakang dan bahu untuk melegakan tekanan otot dan menambah baik postur. Ia juga menggalakkan peredaran darah yang baik dan mengurangkan tekanan mental.

Di samping itu, kembalikan memori zaman bayi dan terlena dengan pergerakan mengayun yang membahagiakan dan menenangkan seolah-olah dalam pelukan ibu.



Kemestian Kerusi Urut 3: Bebola Penggelek 3D

Ingat: Kerusi urut tidak perlu rasa kaku. Yang ini memang tidak kaku kerana anda boleh menikmati urutan lebih mendalam dengan 2 penggelek dengan bonjolan 12cm (tambahan 30%) yang memfokus pada leher, bahu dan pinggang.



Kemestian Kerusi Urut 4: 100% X-Fleksologi

Kami tidak suka program refleksologi kaki konvensional yang tidak mengurut seluruh kaki anda? X-Fleksologi meliputi 100% tapak kaki untuk menambah baik aliran darah dan oksigen ke semua organ di samping menguatkan sistem imun, pernafasan dan nyahtoksin.



Kemestian Kerusi Urut 5: Urutan Akupuntur Tapak Tangan

Anda banyak melakukan kerja menggunakan tangan? Mampatan beg udara pada tangan dan tapak tangan menyasarkan titik akutekanan dengan berkesan menggunakan kombinasi sentuhan sebenar dan titik tinggi 3D untuk melegakan tangan yang letih.



Kemestian Kerusi Urut 6: 12 Program Automatik Penjagaan Kesihatan

  • Leher & Bahu
  • Penjagaan Lumbar
  • Regangan Kiro
  • Rangsangan Pagi
  • Ayunan Malam
  • Kehebatan Bapa
  • Belaian Ibu
  • Pernafasan Taici
  • Detoks
  • Ayunan Santai
  • Urutan Spa
  • Penjagaan Kesihatan


Kemestian Kerusi Urut 7: 8 Teknik Urutan ViTec

  • Memicit-micit
  • Menepuk-nepuk
  • Memicit-micit & Mengetuk-ngetuk
  • Memicit & Menepuk
  • Shiatsu
  • Picit-Tekan
  • Mengetuk-ngetuk
  • Menggelek

Oleh sebab butiran kecil boleh membawa perbezaan yang besar, Gintell turut menyertakan Pembesar Suara Keliling 3D dengan sambungan Bluetooth yang mengiringi urutan anda dengan muzik yang menenangkan dan juga Fungsi Pengecasan Peranti Pintar (USB) & Pemegang Telefon untuk memastikan peranti anda sentiasa tersedia apabila diperlukan.

Berehat dan bersantai tidak pernah sebagus ini.

Prapelancaran Istimewa Eksklusif: Dibuka kepada Platinum & Ke Atas dari 1 Ogos (mulai 10 pagi) – 31 Ogos 2023. Terhad kepada SATU (1) unit untuk setiap Pemilikan ABO setiap hari. Hanya selagi stok masih ada. Penghantaran bermula dari 15 Ogos 2023 (MB) dan 19 Ogos 2023 (MT/BR). Dapatkannya di Amway.my hari ini!