Floating Icon
18 OCT 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 1030 LIHAT 46 BERKONGSI

Protect KawKaw Together with Nutrilite! Anak-anak Anda, Masa Depan Anda – Bahagian 1

Kepentingan kesihatan dan keimunan keluarga anda tidak perlu ditekankan lagi. Dalam keadaan sekarang, kebimbangan itu lebih jelas lagi. Memastikan kesihatan diri sendiri dan insan tersayang bukan sekadar menangkis kuman, bakteria dan virus luaran. Menguatkan pertahanan anda dari dalam ke luar juga sama pentingnya.

Dalam artikel yang lalu, kami membincangkan bagaimana merangsang sistem imun anda membawa manfaat kepada kesihatan keseluruhan anda. Dalam artikel ini, kami memfokus pada cara terbaik untuk memberi anak anda perlindungan yang mereka perlukan sepanjang pandemik ini.


Meletakkan asas yang kukuh

Di samping mengajar mereka tabiat kebersihan yang baik (kerap mencuci tangan, menutup mulut ketika batuk/bersin), menggalakkan diet yang seimbang pastinya menjadi keperluan teras untuk kesihatan keseluruhan masyarakat semua peringkat umur.

Mana-mana ibu bapa tahu bahawa memastikan anak mereka makan secara sihat tidak semudah yang diperkatakan. Pertempuran kehendak di meja makan boleh menguji ketegasan ibu bapa yang paling sabar sekali pun. Bagi si kecil anda, memastikan mereka mengambil jumlah vitamin, mineral dan nutrien yang mereka perlukan mungkin lebih mudah dilakukan melalui suplemen.


Keperluan penting untuk pertumbuhan & perkembangan anak anda

Nutrients are needed for your child’s growth and development.jpg

Minda dan tubuh yang sedang berkembang memerlukan pemangkin yang sempurna untuk memastikan pertumbuhan yang optimum. Kanak-kanak memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi seperti kalsium, vitamin C, zink dan DHA omega-3. Setiapnya satunya ialah blok binaan sistem keimunan tubuh yang sihat dan mempunyai fungsi yang tersendiri:


Kalsium

  • Penting untuk tulang yang kuat dan jantung kesihatan. Pada masa kanak-kanak berumur 4 tahun, mereka memerlukan 1,000mg kalsium dalam pengambilan harian mereka iaitu sama dengan pengambilan yang disyorkan untuk individu dewasa.

Vitamin C

Vitamin C is essential for healthy child development.jpg

    • Perangsang keimunan yang hebat dan penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga antioksidan hebat yang melindungi tubuh daripada radikal bebas.

    Zink

      • Mineral yang sering terlepas pandang ini lebih penting daripada yang mungkin sesetengah orang sangka! Zink sangat penting dalam perkembangan dan pertumbuhan anak anda kerana ia mengawal atur perkembangan otak. Kekurangan zink dalam diet kanak-kanak boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, masalah pembelajaran dan kerentanan lebih tinggi terhadap selesema dan kesakitan.

      DHA omega-3

      DHA fatty acids are good for brain development.jpg

        • Istilah omega-3 sering mengingatkan kita kepada minyak ikan dan hati ikan kod dan mungkin kenangan yang tidak menyenangkan ketika kecil tentang seorang ‘sahabat nelayan’. Walaupun sesetengah daripada kita mungkin tiada kenangan manis tentang omega-3, ia tetap asid lemak perlu yang mempunyai peranan. DHA omega-3 diperlukan untuk keimunan, kesihatan mata dan tentunya – fungsi otak. Tahun-tahun awal kanak-kanak sangat penting kerana ia membuka jalan untuk kesihatan yang baik dan perkembangan otak pada usia remaja dan dewasa. Beberapa tahun pertama perkembangan otak ini menjadi asas untuk pembelajaran, kesihatan dan kejayaan pada masa depan.


        Fakta menarik

        Tahukah anda bahawa otak kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun DUA KALI GANDA lebih sibuk daripada otak pelajar kolej dan mungkin 3 KALI GANDA lebih sibuk daripada otak orang dewasa?

        Sumber: University of California, Berkeley & https://www.greatschools.org/gk/articles/preschooler-brain-development/


        Juara Suplemen Kunyah

        Chewable Champions with Nutrilite.jpg

        Zaman minyak hati ikan kod tulen dan pil yang sukar ditelan telah lama berlalu. Nutrilite menawarkan rangkaian vitamin dan suplemen kanak-kanak yang didatangkan dalam bentuk tablet kunyah atau serbuk untuk memudahkan penyerapan dan pengambilan. Tidak lupa juga perisa semula jadinya yang hebat!


        Nutrilite Kids Chewable Calcium Magnesium Tablet

          • Menampilkan Mighty Flex, helang Nutrilite pada botolnya dan perisa coklat yang mesra kanak-kanak, ia memberi anak anda 270mg kalsium dan 50mg magnesium dalam satu tablet untuk mengekalkan kesihatan tulang yang baik.

          Nutrilite Kids 4-In-1 Plus

          Nutrilite Kids 4 In 1 Plus.jpg

            • Penyelesaian pelbagai aspek untuk anak yang paling cerewet makan sekali pun, Nutrilite Kids 4-In-1 Plus didatangkan dalam bentuk serbuk cepat larut yang memberi anak anda kuantiti vitamin C, D3, zink dan probiotik yang tepat untuk memastikan kesihatan usus.

            Gula-Gula Berperisa Oren Dengan DHA Nutrilite

            Nutrilite Kids Orange-Flavoured Gummy With DHA.jpg

              • Kanak-kanak mana yang tidak suka gula-gula kenyal? Gula-gula kenyal berperisa oren yang menyeronokkan ini penuh dengan kebaikan DHA dalam isian tengah yang enak. Gula-gula kenyal ini bukan sahaja mengandungi perisa semula jadi, bebas gluten dan tanpa gula tetapi juga mesra vegetarian.

              Nutrilite Children Multivitamin And Iron Chewables Tablet

              Nutrilite Children Multivitamin and Iron Chewables Tablet.jpg

                • Seperti namanya, ia memberi anak anda pelbagai vitamin dalam jumlah yang diperlukan dalam satu tablet. Diperkaya dengan zat besi, suplemen ini mengandungi 10 vitamin penting – A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D dan E. Beri anak anda perlindungan menyeluruh yang diperlukannya!

                Sumber