Floating Icon
28 AUG 2022 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 356 LIHAT 7 BERKONGSI

Kek Keju Dingin Protein


BAHAN-BAHAN UNTUK KERAK KEK KEJU

  • 200g biskut Marie
  • 80g mentega cair

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI KEJU

  • 440g keju krim atau keju kotej
  • 8g (1 hidangan) Nutrilite PhytoPOWDER Orange
  • 2 skup Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Beri Campuran)
  • 180g krim putar atau yogurt
  • 100g gula kastor

BAHAN-BAHAN LAIN

  • 1 sb gelatin + 3 sk air
    (taburkan gelatin di dalam air bersuhu bilik dan biarkan selama 3-5 minit sebelum memanaskannya selama 1-2 minit sehingga larut)
  • Perkakas: 1 gegelang 8”x 3”

KAEDAH

  1. Masukkan biskut Marie ke dalam pemproses makanan. Kisar sehingga agak halus.
  2. Tuangkan mentega cair sambil kisar (pulse) sehingga menjadi doh rapuh.
  3. Letakkan gegelang ke dalam pinggan dan tekan-tekan serdak biskut tadi.
  4. Masukkan bahan inti keju ke dalam pemproses makanan. Kisar sehingga sebati.
  5. Masukkan inti keju yang telah dikisar ke dalam mangkuk adunan dan kaup balik gelatin yang telah kembang.
  6. Tuangkan campuran ke atas kerak, ratakan dan sejukkan semalaman.