Floating Icon
09 NOV 2023 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 134 LIHAT 11 BERKONGSI

Tujuh Sajian Perayaan untuk Menyambut Deepavali



Sedar tak sedar, Deepavali akan tiba tidak lama lagi! Pesta Cahaya yang berwarna-warni ini disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Selain itu, inilah masanya semua kaum di seluruh negara akan berkumpul untuk meraikannya bersama-sama sambil menikmati snek yang hebat!

Tidak lama lagi anda akan dikelilingi oleh sahabat handai dan sanak saudara untuk meluangkan masa bersama-sama. Sudahkah anda mendapatkan pelbagai jenis snek untuk dikongsi dan dihadiahkan? Jangan risau, kami sedia membantu anda! Jangan lupa untuk berkongsi sajian perayaan yang lazat ini dengan insan tersayang, dan semoga Deepavali kali ini membawa kemakmuran dan menceriakan hari anda.



Bes Minuman Buah-buahan Vergold (Oren/Mangga/Jambu Merah/Buah Delima dengan Anggur) (1L)

FLupakan air berkarbonat biasa – hilangkan dahaga anda dengan minuman buah-buahan yang kaya, berjus dan sangat menyegarkan! Diperbuat daripada bahan-bahan premium yang berkualiti, minuman yang mengecurkan ini juga diperkaya dengan vitamin A, B6, C dan E untuk rangsangan yang sihat. Bes Minuman Buah-buahan Vergold yang digemari ramai ini didatangkan dalam empat perisa yang lazat untuk memenuhi selera yang berbeza. Hanya bancuh dengan air sejuk dan nikmati kesegaran oren California, mangga yang ranum, jambu merah yang eksotik atau buah delima dan anggur yang berjus dalam setiap gelas.



Set Juadah Biskut Kegemaran Semua Vergold (150g x 2)

Siapa yang tidak suka biskut? Apatah lagi biskut yang sihat! Dibakar dengan bahan-bahan premium semula jadi termasuk coklat gelap, kacang pecan dan kacang walnut, biskut rangup ini sesuai untuk dikongsikan dengan insan tersayang apabila mereka datang berkunjung atau dijadikan hadiah perayaan. Biskut Coklat Gelap dan Biskut Pecan Walnut Ranggup yang lazat ini didatangkan dalam bekas hiasan ala vintaj Inggeris.



Campuran Kacang Panggang Vergold (25g x 8)

Sentiasa menggembirakan, sepaket kacang campuran klasik ini mengandungi campuran kacang premium semula jadi seperti badam, kacang gajus, makadamia dan walnut. Ia sangat berkhasiat, dipanggang kering dan kurang garam. Bagus juga sebagai snek untuk dinikmati pada bila-bila masa.



Popiah Mini Udang Vergold (190g)

Bayangkan kepuasan apabila anda mengunyah popiah kecil yang rangup ini. Diperbuat dengan udang kering kisar pedas yang dibalut dengan pastri nipis, popiah udang yang lazat ini pasti menambat selera para tetamu, rakyat Malaysia atau sebaliknya.



Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold (Teriyaki/Tom Yum) (90g)

Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold yang sangat berperisa ini sihat dan berkhasiat.

Ia snek yang lazat dan pilihan hebat untuk menambah kerangupan dalam sajian anda. Dengan perisa Teriyaki dan Tom Yum yang mengecurkan, kraker beras ini diperbuat daripada bahan-bahan bukan GMO dan bebas gluten untuk memenuhi kebanyakan diet.



Kopi Titisan Vergold - Dipanggang Sederhana & Gelap (20 Paket)

Siapa kata anda perlu memilih antara kopi panggang sederhana atau gelap? Pek ini mengandungi dua varian kopi titisan yang lazat iaitu Kenya AA yang dipanggang sederhana (10 paket) dan Colombia yang dipanggang gelap (10 paket).

Hirup yang dipanggang sederhana untuk kopi yang seimbang dengan kemanisan dan keasidan semula jadi, atau bangkitkan deria anda dengan rasa biji kopi yang dipanggang gelap dalam kopi O pekat dengan not Americano yang pekat likat lagi kaya. Sangat sesuai untuk mereka yang menggemari minuman yang lebih sihat, kopi kisar 100% ini tidak ditambah krimer, gula atau perisa supaya anda boleh menikmati rasa kopi yang terbaik.



Latte Kacang Hazel Vergold (19g x 12 paket)

Anda pasti suka aroma berkacang latte 3 dalam 1 yang kaya ini. Rasanya seperti baru dibru, diadun dengan Biji Kopi Arabica Brazil premium kering sejuk beku yang tinggi protein dan serat serta rendah kolesterol. Serbuk koko dan tepung susu tenusu menambahkan lagi rasanya, menjadikannya minuman yang begitu enak lagi memuaskan untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Selamat Hari Deepavali!

Tersedia di Amway.my