3 sudu besar serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite
1 ekor ayam, dipotong 8
1 ½ sudu kecil garam
Cara:
Pasangkan unit bilah pada Pemproses Makanan HR7776 Philips.
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup ke dalam balang.
Cincangkan perencah selama 10 saat. Tuangkan bahan-bahan kisaran serta pes cili pada ayam dan ramaskannya.
Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, biji ketumbar ke dalam bekas pengisar kering dan kisarkan selama 5 saat.
Taburkan bahan yang dikisar dan garam pada ayam dan sapukannya rata-rata.
Kemudian sendukkan 3 sudu rata serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite pada ayam dan biarkan perap bertutup selama 1 jam di dalam peti sejuk.
Panaskan Airfryer HD9741 Philips ke suhu 200°C.
Letakkan 4 ketul ayam ke dalam bakul Airfryer dan gorengkannya selama 6 minit. Kemudian turunkan suhu ke 160°C dan goreng lagi selama 7 minit lagi. Untuk merangupkan lagi, naikkan suhu balik ke 200°C selama 2 minit.
Goreng makanan dengan sedikit atau tanpa minyak mengunakan Philips Premium Digital Airfryer HD9741. Anda juga boleh membakar, memanggang dan menggril untuk memasak cara sihat yang lebih mudah.