Floating Icon
12 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 852 LIHAT 27 BERKONGSI

Atlet memerlukan produk bernutrisi terbaik untuk stamina mereka. Amway XS berbangga sekali menjadi penaja Nutrisi Sukan rasmi untuk pasukan NY Red Bulls.

NY Red Bulls Soccer Team With XS™ Sports Protein Shake

XS Amerika Utara Menambat Perhatian Antarabangsa

Ketika pasukan bola sepak lelaki profesional New York Red Bulls mencari penaja nutrisi sukan yang baru, mereka beralih kepada jenama yang mereka ketahui boleh dipercayai untuk membekalkan produk yang berkualiti tinggi dan berkesan — Nutrisi Sukan XS.

Memang betul! Sejak tahun 2019, New York Red Bulls (jangan keliru dengan minuman tenaga Red Bull) telah mendapat bekalan produk daripada Nutrisi Sukan XS, termasuk minuman kocak protein, snek bar protein, ‘protein crisps’ dan ‘twist tubes’.

Perjanjian penajaan ini hanya berkenaan dengan barisan produk yang ditawarkan oleh XS Amerika Utara dan kami dengan gembiranya ingin memaklumkan anda bahawa XS sedang mengorak langkah di peringkat antarabangsa!

XS Sports Nutrition For Elite Athletes


Perjanjian Penajaan Beberapa Tahun

Hasil perjanjian penajaan beberapa tahun, pemain pasukan bola sepak, pelatih dan jurulatih akan menikmati produk Nutrisi Sukan XS dan suplemen Nutrilite kegemaran mereka sehingga musim berakhir pada tahun 2022.

“Pemain-pemain kami menggunakannya selepas setiap sesi latihan dan setiap perlawanan," kata Tom Carroll, penolong pelatih olahraga pasukan. "Sama ada minuman kocak protein sedia diminum, snek bar protein atau snek bar tenaga."


XS™ Sports Protein Shake


Meluaskan Kesedaran Jenama XS

Pengurus Jenama XS Amway Amerika Utara, Steve Cherry berkata, para pemain sangat menyukai Minuman Kocak Protein XS Sports sedia diminum kerana rasa dan formulanya yang hebat. Pasukan ini juga telah menerima XS Protein Pods, yang mudah dan menyenangkan para pemain untuk diambil di rumah.

"Kami sangat gembira membekalkan produk Nutrisi Sukan XS untuk para atlet elit seperti New York Red Bulls," kata Steve. "Mereka memberi testimoni produk, sokongan dan kandungan paparan eksklusif lain yang menarik, seperti petua dan panduan senaman di media sosial.

"Selain itu, jenama XS kita juga akan didedahkan kepada hampir 1 juta peminat New York Red Bulls di saluran media sosial mereka dan berjuta-juta lagi melalui papan tanda di arena dan di padang semasa perlawanan di tempat mereka."

Barisan produk XS Sports menampilkan semua yang diperlukan oleh atlet untuk mengoptimumkan pencapaian fizikal, termasuk produk yang membantu memberi tenaga, menghidratkan, menguatkan dan memulihkan, serta kesemuanya dibekalkan kepada pemain, jurulatih dan pelatih Red Bull.

Penajaan ini juga memberi peluang kepada peminat melihat penjenamaan XS Sports dan ia disebut dalam paparan media sosial pasukan, dan – apabila perlawanan bola sepak dan peminat kembali menonton seperti dulu – di arena semasa perlawanan.

XS Whey 750


CatatanProduk-produk XS yang disebut dalam artikel ini tidak dijual di Malaysia dan Brunei. Bagi Malaysia dan Brunei, sila semak barisan produk Minuman Tenaga XS di sini. Bagi Nutrisi Sukan, sila semak XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour.

Bagi mendapatkan maklumat terkini, ikuti saluran media sosial Amway dan XS: @Amwaymy @BodykeyXSnerygy @XSNation

Penafian Kesihatan: Produk yang disebut tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit.