Floating Icon
11 JAN 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 188 LIHAT 14 BERKONGSI

Penghidratan Sihat dengan Sistem Rawatan Air eSpring

Air sangat penting dalam setiap aspek kehidupan kita dan memberikan kesan yang besar kepada kesihatan dan kesejahteraan kita. Penyelidikan yang diterbitkan oleh National Library of Medicine1 menunjukkan bahawa air termineralmemenuhi keperluan penghidratan badan dan boleh memberikan pelbagai manfaat.

eSpring_Water_Treatment_System.jpg

Menyedari kepentingan air bersih, seseorang itu akan berusaha untuk mencari penulen air seperti Sistem Rawatan Air Spring. Lebih baik daripada penuras air biasa, sistem ini mengubah air paip yang beralkali tinggi kepada air termineral yang bersih dan sejernih kristal, sesuai untuk memenuhi keperluan penghidratan harian dan memasak semua sajian anda dengan sihat.

carbon-block-filter-BM.jpg

Bagaimanakah Sistem Rawatan Air eSpring berfungsi?

Menggabungkan penuras karbon diaktifkan yang diproses khas, eSpring meningkatkan kawasan permukaan penuras untuk memerangkap bahan kimia dan zarah dengan berkesan. Sistem ini memastikan pengekalan mineral bermanfaat seperti kalsium dan magnesium yang penting untuk kesihatan tulang, di samping menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan radon. Penuras karbon eSpring juga menukar klorin kepada klorida yang tidak berbahaya untuk menyelesaikan isu rasa dan bau yang berkaitan dengannya.

Selain penurasan, sistem ini menggunakan lampu ultraungu – kaedah yang terbukti sejak 1919 – untuk memusnahkan 99.99% bakteria dan virus, memastikan keselamatan semasa tempoh tidak aktif. Kehadiran habuk karbon hitam (hasil sampingan proses pengilangan yang tidak berbahaya) mudah dibilas dan prapenuras bersepadu yang diperbuat daripada media berlisu menghalang penyumbatan pramatang yang disebabkan enapan.

The_eSpring_Cartridge_is_designed_to_be_easy_to_change.jpg

Adakah Sistem Rawatan Air eSpring mudah diselenggara?

Menyelenggara sistem eSpring anda jelas dan mudah. Kartrij blok karbon berkualiti tinggi yang diperbuat daripada karbon diaktifkan berasaskan tempurung kelapa direka untuk menyingkirkan bahan cemar di samping mengekalkan mineral yang bermanfaat. Ia juga direka supaya mudah ditukar.

Untuk prestasi puncak, kartrij blok karbon perlu diganti setiap tahun atau selepas menuras 5,000 liter air. Jika anda pelupa, jangan risau – Sistem Rawatan Air eSpring mengandungi Cip Pintar yang memberikan isyarat kepada anda apabila tiba masanya untuk mengganti kartrij.

Bagi mereka yang bimbang dengan penyelenggaraan, sistem eSpring terbaharu kami dengan teknologi tanpa wayar menampilkan kartrij yang boleh diganti dengan mudah — tiada pendawaian, palam elektrik atau alat diperlukan untuk memastikannya ringkas dan selamat untuk anda dan rumah anda.

Setelah anda memasang kartrij baharu, anda boleh menikmati 5,000 liter lagi air bersih yang termineral. Yakinlah, apa yang ada di dalam gelas anda sekarang bukan sahaja mempunyai bau dan rasa yang lebih baik daripada apa yang keluar daripada paip, tetapi juga menyokong kesihatan insan tersayang anda sehingga penukaran penuras seterusnya setahun lagi.

Reader_s_Digest_Gold_Award.jpg

Adakah keberkesanan Sistem Rawatan Air eSpring diiktiraf di peringkat antarabangsa?

Jangan percaya kata-kata kami bulat-bulat. Tahun demi tahun, Sistem Rawatan Air eSpring telah dianugerahkan  Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & Sullivan dan Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest untuk Penulen Udara. Penghargaan ini serta pensijilan oleh NSF International dan Mohor Emas daripada Persatuan Kualiti Air ialah bukti komitmen eSpring terhadap kecemerlangan.

Air bersih ialah asas gaya hidup sihat dan eSpring komited untuk menyediakan sumber yang sangat penting ini dengan kemudahan dan penjagaan yang tiada tandingannya. Sebagai jenama sistem rawatan air rumah yang paling laris di dunia, eSpring terus menetapkan tanda aras untuk air bersih dan sihat untuk semua.

Dengan eSpring, anda bukan sahaja melabur untuk produk tetapi juga kesejahteraan diri anda dan insan tersayang. Jadi, pastikan isi rumah anda menikmati air berkualiti tinggi yang bebas daripada bahan cemar.

Sumber:

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5318167/