Floating Icon
26 MAY 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 317 LIHAT 17 BERKONGSI

Apa yang Bersembunyi dalam Dapur Anda?

Daripada taun kepada keracunan makanan dan disenteri, Malaysia telah menyaksikan banyak penyakit bawaan air dan makanan. Malah, Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai kes penyakit bawaan makanan yang tinggi kerana suhu dan keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan bagi kebanyakan bakteria1.

Disebabkan gaya hidup yang sibuk dan kesukaan terhadap kepelbagaian masakan, ramai rakyat Malaysia memilih untuk makan di luar berbanding di rumah. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengendali makanan di seluruh negara mungkin tidak dilatih secukupnya tentang kepentingan keselamatan makanan dan semua prosedurnya. Satu kajian tentang keselamatan makanan mengesan salmonella pada 48% tangan pengendali makanan2.



Namun begitu, makanan yang dimasak di rumah juga mungkin membawa risiko yang sama. Hakikatnya, bakteria bawaan makanan boleh disebarkan di pelbagai peringkat penyediaan makanan sama ada di dapur anda atau restoran. Oleh itu, penting untuk kita membasuh tangan kita dengan kerap dan sentiasa memastikan semua permukaan dalam dapur anda bersih dan bebas kuman sebaik mungkin.

Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi kawasan yang harus anda berikan perhatian dan cara membersihkannya dengan betul:

Kaunter dapur dan papan pemotong

Kaunter dapur anda melihat pelbagai aksi – dan kebanyakannya lebih kotor daripada yang anda fikirkan kerana bahan mentah menyembunyikan banyak kuman dan bakteria. Juga, tahukah anda bahawa terdapat 200 kali lebih banyak bakteria tinja daripada daging mentah pada papan pemotong biasa di rumah berbanding tempat duduk tandas3?



Ingat agar menggunakan pembersih dapur penyahjangkit seperti Pencuci Dapur L.O.C. dan kemudian keringkan kaunter dapur dengan tuala kertas untuk menyerap lembapan lebihan. Anda disyorkan supaya menggunakan satu papan pemotong untuk daging dan satu lagi untuk sayur-sayuran bagi mengelak pencemaran silang. Walau banyak mana pun papan pemotong yang anda miliki, bersihkannya dengan penyahjangkit dapur selepas setiap penggunaan atau letakkannya dalam pembasuh pinggan mangkuk.

Singki dapur

Adakah anda bersalah kerana membuang segala sisa atas pinggan anda ke dalam singki atau membuang sisa makanan ke dalam longkang? Bakteria suka memakan makanan yang dibuang itu – dan lebih lama anda membiarkan pinggan mangkuk kotor anda dalam singki, lebih banyak masa untuk bakteria itu memakannya.



Tikus dan perosak lain juga akan tertarik dengan bau yang tidak menyenangkan. Jadikan satu tabiat untuk membasuh secepat mungkin, kemudian sental singki sehingga bersih dan lapkannya dengan penyahjangkit seperti Pencuci Disinfektan Pursue  apabila anda selesai.



Jubin dapur

Sememangnya mudah untuk mengabaikan jubin dapur anda sehinggalah terkena minyak panas daripada kuali anda – tetapi jangan hanya mengelap gris dengan tuala kertas. Pastikan anda menggunakan produk mencuci seperti  Pencuci Lembut L.O.C. yang lembut tetapi berkesan di atas permukaan yang penuh bakteria dan kotor.

Teksturnya berkrim namun kuat ke atas kesan kotoran, ia juga bagus pada permukaan dapur seramik, pancuran, tandas, lekapan dan singki. Hanya gunakannya dalam jumlah yang sedikit pada kain atau span dan bilas dengan air.

Span dapur dan kain lap

Memandangkan span dapur dan kain lap berkuman sering kali basah atau sentiasa lembap, maka mudah untuk bakteria seperti E. coli hidup membiak padanya. Pakar mengesyorkan supaya anda menggantikannya setiap minggu tetapi sementara itu, berikut adalah cara yang anda boleh ambil bagi memastikan span dan kain lap dalam keadaan bersih.



Bilaskannya dalam air panas selepas guna dan tambah ¼ penutup atau dua pam Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS. Perah betul-betul untuk mengagihkan produk dan keringkan di udara sehingga penggunaan seterusnya. Anda juga boleh meletakkan span dalam pembasuh pinggan mangkuk atau ketuhar gelombang mikro selama 30 saat pada tahap tinggi untuk membunuh kuman.

Peti sejuk dapur

Hanya fikirkan kekerapan anda dan ahli keluarga anda menarik pemegang pintu peti sejuk dengan tangan yang tidak bersih dan jangan ceritakan tentang tempoh buah-buahan dan sayur-sayuran anda dilupakan dalam ruang buah-buahan dan sayur-sayuran – tempat pembiakan bakteria yang sempurna. Selain itu, rak bawah selalunya mengandungi banyak bakteria kerana lembapan dan pemeluwapan yang menitis dari rak atas.



Pastikan anda membersihkan bahagian dalam peti sejuk anda dengan teliti setiap dua minggu dan gunakan produk yang selamat tanpa bahan berbahaya yang dapat mengurangkan pengumpulan kotoran seperti Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. dengan berkesan. Bonus: Anda akan menyukai baunya yang segar, bersih dan membangkitkan semangat.

Cari semua pencuci dapur yang penting ini dan banyak lagi di Amway.my

Rujukan:

  1. Abdul-Mutalib, N.A., Syafinaz, A.N., Sakai, K. and Shirai, Y. An overview of foodborne illness and food safety in Malaysia. International Food Research Journal 22(3): 896-901 (2015).
  2. Lee, H.K.; Abdul Halim, H.; Thong, K.L.; Chai, L.C. Assessment of Food Safety Knowledge, Attitude, Self-Reported Practices, and Microbiological Hand Hygiene of Food Handlers. Int. J. Environ. Res. Public Health 2017, 14, 55. https://doi.org/10.3390/ijerph14010055
  3. https://www.newsweek.com/ipads-and-four-other-everyday-items-dirtier-toilet-seat-864062