Floating Icon
21 JUN 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 481 LIHAT 13 BERKONGSI

Fakta Menarik Tentang Kain Cucian



Ada dalam kalangan kita melakukan tugas mencuci beberapa kali seminggu, jadi tidak hairanlah bagaimana seluruh proses ini boleh jadi begitu menjemukan. Tidaklah mengejutkan juga jika hampir tidak ada sesiapa pun yang memikirkan tentang sejarah tugas mencuci atau menghargai sejauh mana kemajuan yang telah dicapai.

Ingin tahu lebih lanjut tentang mesin basuh dan produk kain cucian anda? Berikut ialah beberapa fakta dan angka menarik untuk direnungkan apabila anda mengisih, mencuci dan menyeterika pakaian anda selepas ini:



Secara purata, orang dewasa menghasilkan 1 liter peluh seharice 1 litre of sweat a day

Ya, pakaian gim anda pastinya akan basah tetapi tahukah anda bahawa kita terus berpeluh walaupun ketika kita tidak bersenam? Sudah tentu juga, kebanyakannya akan mengotorkan bahagian kolar, ketiak dan manset baju anda. Jangan lupa untuk merawat dahulu kawasan berpeluh ini dengan Penyembur Pracuci dan Penanggal Kotoran SA8 sebelum memasukkan pakaian kotor anda ke dalam mesin basuh.



Jumlah kotoran daripada muatan 4kg kain cucian adalah kira-kira sebesar sekeping kandiad of laundry is about the size of a candy bar

Selain peluh, setiap hari tubuh anda menghasilkan 10g garam, 40g sebum dan 10g sel kulit, yang bersamaan dengan 2 bilion sel kulit. Ia adalah kombinasi yang membuatkan kita ingin membuang semua yang kita pakai (dan biarkan atau tunggu) ke dalam mesin basuh dan mencucinya bersih-bersih dengan Detergen Serbuk Cucian Pekat Premium SA8 untuk membunuh kuman dan bakteria tanpa sebarang sisa yang merengsakan kulit.



Peluntur mempunyai lebih banyak kegunaan selain menyahjangkit atau memutihkan

Ramai yang tidak mengetahui bagaimana peluntur oksigen juga boleh berfungsi sebagai penggalak cucian dengan agen pembersih yang membantu meningkatkan keberkesanan detergen kain cucian. Ingatlah untuk menggunakan Peluntur Fabrik SA8 yang berkesan menanggalkan kesan kotoran degil agar pakaian anda kembali bersih.



Pelembut fabrik lebih penting daripada yang anda fikirkan

Tidak, ia bukan sekadar menjadikan pakaian anda gebu dan berbau segar. Dengan meminimumkan rintangan permukaan, pelembut fabrik memudahkan seterika anda meluncur pada pakaian anda. Ini bermakna anda boleh menyelesaikan tugas menyeterika dengan lebih cepat dan meluangkan lebih banyak masa bersama insan tersayang. Dapatkan Pelembut Fabrik Pekat SA8 yang diperbuat daripada bahan-bahan yang diperoleh secara semula jadi dan selamat untuk seisi keluarga.



Petua bonus: Seterika penjana stim yang baik boleh mengubah hidup anda

Kami tidak bergurau. Dengan Teknologi OptimalTEMP, Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064 membolehkan anda menyeterika semua pakaian yang boleh diseterika tanpa perlu melaraskan suhunya. Teknologi ProVelocity pula menyediakan stim berkuasa yang berterusan (sehingga 130g/min dengan sehingga 8 bar tekanan stim untuk menyeterika dengan pantas dan menghilangkan kedutan yang tiada tandingannya – anda pasti tidak akan menoleh ke belakang lagi.

Mahu tahu lebih lanjut? Terokai rangkaian produk penjagaan kain cucian SA8 di Amway.my hari ini!