Floating Icon
28 FEB 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 2 MINIT BACA 903 LIHAT 90 BERKONGSI

Amway Dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & Sullivan 2021 selama 12 tahun berturut-turut.

Frost-&-Sulliva-2021-award.jpg

Mengiktiraf kemampanan, keberkesanan kos dan teknologi termaju eSpring yang meningkatkan kebolehcapaian kepada air bersih dengan ketara, Amway telah Dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & Sullivan 2021 selama 12 tahun berturut-turut.

“Amway membezakan dirinya dalam pasaran dengan eSpring, dengan memanfaatkan reputasi jenamanya yang teguh, pengalaman selama 20 tahun serta penyelidikan dan pembangunan. Ia merupakan salah satu jenama sistem penulenan air rumah terlaris di rantau Asia Pasifik dan dunia dengan lebih 6.2 juta unit dijual di 48 negara dan wilayah,” kata Iqra Azam, penganalisis penyelidikan amalan terbaik di Frost & Sullivan. “Setiap unit eSpring menampung bersamaan dengan 10,000 botol air 500 mililiter, yang mengurangkan penggunaan botol air plastik dalam skala besar.”

Setiap tahun, Frost & Sullivan menyampaikan anugerah yang menjadi rebutan ini kepada syarikat-syarikat yang memanfaatkan risikan saingan untuk melaksanakan strategi dengan jaya yang akhirnya menghasilkan bahagian pasaran yang lebih kukuh, kedudukan jenama yang bersaingan dan kepuasan pelanggan. Walaupun menghadapi cabaran semasa pandemik, Amway berjaya mengubah suai strategi pemasarannya dengan menawarkan diskaun yang besar untuk produk individu di samping mengukuhkan kehadiran digital dan rangkaian sosialnya pada masa yang sama.


How_to_Maintain_Your_eSpring_–_Cleaning_&_Status_Indication_750.jpg

Ini membolehkan syarikat menjangkau lebih ramai pelanggan dan mengukuhkan pendekatan berpusatkan pelanggan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang optimum berdasarkan analisis maklum balas. Selain itu, penuras karbon termaju dan teknologi ultraungu eSpring mengurangkan jejak alam sekitar dengan ketara di samping menyediakan air bersih yang segar rasanya di rumah dengan standard tertinggi industri.

“Ciri-ciri unit eSpring yang tersendiri menjadikannya menarik kepada pelanggan. Sistem penurasan berkualiti tingginya mempunyai penuras 0.2 mikron yang boleh menyingkirkan hampir 140 bahan cemar, seperti sebatian organik dan tak organik, racun perosak, bahan kimia industri, zarah halus dan bahaya biologi,” kata Azam. “Frost & Sullivan mengiktiraf Amway kerana sumbangan ketara kepada alam sekitar melalui produknya yang inovatif dan komprehensif.”


Ketahui lebih lanjut tentang Sistem Rawatan Air eSpring di Amway.my