Floating Icon
15 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1577 LIHAT 33 BERKONGSI

But Semula Kesihatan Usus: Memupuk Mikrobiom Anda Selepas Penurunan Berat Badan



Setelah memulakan perjalanan penurunan berat badannya dengan bantuan Bes Minuman Buah Oren Darah Dengan Isomaltulosa & L-Glutamina XS IGNITE dan sains termogenesis, Mikail kini sedang dalam perjalanan untuk mencapai kesihatan keseluruhan yang lebih baik. Beliau melihat hasil yang hebat selepas bersenam dengan kerap dan mengamalkan diet yang seimbang – tetapi hari ini beliau akan mempelajari dengan lebih lanjut daripada jurulatih peribadinya, Lina.

“Awak tahu tak, Mikail,” kata Lina, di akhir sesi gim mereka, “Saya sedang memikirkan tentang perkara yang awak beritahu saya tempoh hari.”



“Apa dia?” tanya Mikhail sambil mengezip beg galasnya dan mencapai satu tin Minuman Tenaga XS.

“Awak beritahu saya yang bila awak mengalami berat badan berlebihan, awak juga bimbangkan masalah kesihatan lain seperti kerap sakit perut, lesu, kembung, sembelit, cirit-birit dan pedih ulu hati.”

“Betul tu. Saya bencikannya kerana ia benar-benr memperlahankan aktiviti saya setiap hari. Sebagai seorang ayah kepada dua orang anak, saya perlu berada dalam keadaan yang terbaik untuk mengurus anak-anak kecil saya.”

Lina mengangguk. “Perkara yang awak terangkan semuanya adalah tanda-tanda usus tidak sihat.”

“Usus saya sememangnya tidak kelihatan sihat,” beliau mengeluh.  



“Bukan sahaja penampilan awak yang perlu dirisaukan – usus yang sihat juga penting bagi membantu dalam mengawal tahap kolesterol dan pemeriksaan kesihatan terakhir awak menunjukkan tahap kolesterol awak tinggi.”

“Ya, saya ingat – ketika itulah pakar diet saya menasihati saya supaya memakan lebih banyak makanan mengandungi probiotik bagi menyokong bakteria baik badan saya.”

“Saya baru sahaja hendak mencadangkannya. Mengimbangkan bakteria baik dan tidak baik dalam mikrobiom usus awak akan melakukan keajaiban untuk kesihatan awak. Pastikan awak makan banyak makanan yang mesra usus seperti sayur-sayuran segar, sayur-sayuran ditapai, daging tanpa lemak dan lemak yang sihat serta menghentikan pengambilan makanan diproses dan snek yang tinggi gula atau garam serta karbohidrat ringkas.”

“Mujurlah saya sudah memulakannya,” Mikail tersenyum. “Anak-anak saya juga suka makan sayur-sayuran sebagai snek.”



“Bagus! Serat penting bagi membantu mengekalkan kesihatan usus. Sebab itulah saya sendiri mengambil Nutrilite Mixed Fiber Powder setiap hari. Ia mengandungi campuran serat boleh larut yang unik termasuk inulin, maltodekstrin tahan dan gam guar bagi melegakan sembelit dan memulihkan pembuangan air besar.” 

“Awak juga boleh mengambil Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract With Probiotics yang mengandungi 6.3 bilion bakteria bermanfaat (Unit Pembentuk Koloni) setiap paket hidangan bagi mengimbangkan dan mengekalkan mikrobiom usus.”

“Hmm, saya mula terfikir bahawa set kesihatan mungkin satu idea yang bagus,” kata Mikail.

Lina ketawa. “Saya sudah pun beritahu awak untuk mendapatkan Kit Permulaan BodyKey yang dipertingkatkan sejak dulu lagi! Ia merupakan program pengurusan berat badan diperibadikan yang memenuhi keperluan nutrisi badan awak, menumpukan pada kesihatan usus, diet seimbang, suplemen dan senaman. Awak juga mendapat alat dan nutrien harian yang diperlukan untuk membantu pengurusan berat badan keseluruhan, termasuk probiotik dan suplemen serat Nutrilite terpilih bagi menyokong kesihatan usus.”

“Baiklah, bunyinya menarik.”



“Sudah tentu, terdapat juga Pek Permulaan BodyKey (Edisi Set Semula Usus) yang turut disukai oleh ramai klien saya. Ia merupakan penyelesaian bersasar selama 30 hari yang mengeset semula dan mengimbangkan semula kesihatan usus awak dengan probiotik dan serbuk serat, diet seimbang nutrisi dan suplemen Nutrilite yang menyokong kesejahteraan keseluruhan.”

“Hebat – nampaknya sudah tiba masanya untuk kita membeli-belah semula…”

“Ya, jom! Oh ya, Selamat Hari Bapa!”

Ketahui lebih lanjut tentang Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey di sini dan terokai rangkaian kesihatan yang komprehensif di Amway.my hari ini.