Floating Icon
02 SEP 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 468 LIHAT 25 BERKONGSI

| AmwayNow

Tahukah anda bahawa Sistem Rawatan Udara Atmosphere Sky yang kita semua kenal dan gemari hari ini mewakili penyelidikan dan pembangunan saintifik selama berdekad-dekad, yang didedikasikan untuk memberikan udara yang bersih dan sihat? Mari kita lihat bagaimana teknologi penulenan udara Amway telah berkembang tahun demi tahun:

Sistem Rawatan Atmosphere (ATS)

ATS pertama kali dilancarkan di Malaysia pada 1998. Antara perintis penulenan udara di negara ini, ATS amat diminati kerana kebolehannya yang hebat. Yang pasti, saintis Amway sentiasa mencari cara untuk berinovasi dan menambah baik teknologinya yang cemerlang. Hasilnya, keajaiban penulenan udara tahap seterusnya telah dilahirkan…



Penulen Udara Atmosphere (AAP I & II)

Dari 2006 sehingga 2018, AAP I dan AAP II menyediakan udara yang bersih dan sihat di banyak rumah di seluruh negara. Kedua-duanya didatangkan dengan Penuras HEPA yang berkesan menyingkirkan 99.99% kotoran bawaan udara sekecil 0.007 mikron. Sangat cekap, ia juga menyingkirkan 83 bahan cemar zarah yang berbeza.

Walaupun alat ini cukup luar biasa, perubahan alam sekitar menyaksikan keperluan untuk kemajuan yang lebih besar dalam penulenan udara untuk memastikan kesihatan yang lebih baik. Jadi, bermulalah era baru untuk Atmosphere.

Atmosphere Drive 



Para pemilik kereta sangat gembira dengan pelancaran Atmosphere Drivepada 2017. Dipasang sendiri, sistem penulenan udara di dalam kenderaan ini memanfaatkan teknologi penurasan AAP yang telah terbukti.

Ia juga mempunyai kadar penyingkiran bahan cemar (PM2.5) sebanyak 99% dan merupakan yang pertama seumpamanya menerima Allergy UK Seal of Approval dalam kalangan produk rawatan udara kereta. Dari segi Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR), prestasinya lebih unggul dengan CADR 30m3/j.

Atmosphere SKY 



Menetapkan piawaian baru, Atmosphere SKY telah dilancarkan pada 2018. Ia menuras lebih daripada 300 bahan cemar bawaan udara dengan berkesan dari bakteria kepada antigen hama habuk. Dengan prestasi kecekapan laluan tunggal sebanyak 99.99%, ia boleh menuras semua zarah sekecil 0.0024 mikron – 30,000 kali lebih kecil daripada sehelai rambut manusia.

Direka agar lebih pantas dan pintar, ia memberikan kecekapan tenaga yang tinggi di samping mengekalkan penggunaan kuasa yang rendah. Dengan CADR lebih daripada 300 kaki padu seminit, Atmosphere SKY boleh membersihkan bilik yang berkeluasan sehingga 465 kaki persegi dengan berkesan.

Inteliflow, sistem peredaran penulen udara dalamannya, menggabungkan sensor zarah Atmosphere yang telah terbukti dengan sistem penurasan 3 peringkat dan perumah motor unik untuk udara yang lebih bersih. Didatangkan dengan skrin sentuh yang mudah digunakan, mod Turbo dan Malam menawarkan pengalaman penulenan udara termaju yang tiada tandingannya.

Sambungan wayarlesnya bermakna anda boleh mengawal penulen udara anda dengan mudah dari mana-mana bahagian rumah anda. Hanya muat turun aplikasi Atmosphere Connect di peranti mudah alih anda dan gunakannya untuk melaraskan tetapan, memantau status penuras atau memeriksa kualiti udara bilik anda. 

Atmosphere Mini 



Keinginan untuk menyediakan versi kompak Atmosphere SKY yang paling laris, Atmosphere Minidilahirkan pada 2021. Selain penuras 3 dalam 1, ia memberikan CADR lebih daripada 130 kaki padu seminit pada kelajuan 3 dan membersihkan ruang bersaiz sehingga 200 kaki persegi.

Ramai yang menyukai saiznya yang kecil, sangat sesuai untuk ruang yang lebih kecil seperti bilik tidur kanak-kanak atau bilik bacaan anda. Lagipun, siapa yang tidak mahu menghirup udara yang bersih dan sihat pada bila-bila masa, di mana-mana jua?

Jadi, antara Atmosphere SKY, Atmosphere Mini dan Atmosphere Drive, Sistem Rawatan Udara yang manakah sesuai untuk anda? Ketahui lebih lanjut di sinidan teroka pilihan anda di Amway.my hari ini!