Floating Icon
02 JUN 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 2 MINIT BACA 477 LIHAT 11 BERKONGSI

Petua untuk Pemanduan Sempurna

Bagi kebanyakan daripada kita, memang sudah agak lama tidak melancong di dalam atau ke luar negara. Dengan cuti sekolah yang semakin hampir, inilah masa yang baik untuk menerokai semula destinasi-destinasi yang indah dan menarik dalam negeri kita sendiri bukan?


Perjalanan menaiki kereta adalah cara yang bagus untuk mula melancong semula kerana anda boleh bergerak mengikut jadual sendiri (yang merupakan faktor utama ketika melancong bersama anak-anak) dan melihat banyak pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan. Tetapi tahukah anda bahawa kualiti udara dalam kereta boleh menjadi lebih teruk sehingga 15 kali daripada udara di luar? Inilah yang anda perlukan untuk perjalanan yang sempurna.


Memandu dengan udara yang bersih

Menghirup udara yang bersih dan sihat di sepanjang perjalanan dengan Sistem Rawatan Udara Atmosphere DRIVE, produk rawatan udara kereta nombor satu di dunia dari segi jualan*. Sistem penulenan udara dalam kenderaan yang boleh dipasang sendiri ini mengekalkan prestasi unggul dari segi Kadar Penghantaran Udara Bersih – CADR 30m3/h dan mempunyai kadar penyingkiran bahan cemar (PM2.5) sebanyak 99%. Dengan prestasi yang tiada tandingannya, ia juga merupakan yang pertama seumpamanya yang menerima mohor perakuan Allergy UK.


Mengapa anda akan menyukainya:

    • Gabungan penuras (3 dalam 1) yang terdiri daripada prapenuras, penuras karbon dengan span dan penuras partikel fabrik
    • CADR 30 untuk aliran udara yang cekap, menawarkan prestasi unggul dari segi Kadar Pengeluaran Udara Bersih
    • Kelajuan kipas boleh laras – Rendah, Tinggi dan Auto
    • Tahap kebisingan yang rendah tidak melebihi 55dBa pengecaman frekuensi radio (RFID) dengan pengesetan semula penuras automatik dan mencegah pemalsuan
    • Tali Velcro mudah diguna disertakan untuk pelekapan
    • Kord 4m untuk kefleksibelan dan pengurusan kord yang lebih mudah
    • 3 liang input – 1 liang output besar di depan menunjukkan aliran udara yang ketara
    • Bacaan sensor partikel untuk pemantauan kualiti udara waktu nyata
    • Penulen udara kereta yang pertama dan satu-satunya menerima Mohor Perakuan Allergy UK

    Singkirkan bahan cemar bawaan udara dengan Atmosphere DRIVE!

    Petua-petua lain untuk pemanduan yang sempurna termasuklah:

    Rehat yang Cukup

    Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi (sekurang-kurangnya 8 jam) pada waktu malam sebelum perjalanan anda. Ini penting bukan hanya untuk mengelakkan rasa mengantuk tetapi juga untuk memastikan semua otot dan refleks anda berada dalam keadaan yang bagus.

    Pemeriksaan

    Sila pastikan kereta anda diservis sebelum memulakan perjalanan anda. Pastikan semuanya dalam keadaan baik iaitu bateri dan minyak enjin hingga ke penyejuk dan pengelap cermin depan. Jangan lupa untuk memeriksa kit alat kecemasan anda, tayar ganti dan kit pertolongan cemas juga.

    Biar Lambat Asal Selamat

    Ya, kita semua teruja untuk tiba di destinasi kita secepat mungkin tetapi perkara paling penting ialah sampai ke sana dengan selamat. Sentiasa memandu mengikut had kelajuan dan hanya gunakan lorong paling kanan ketika memotong.

    Sesuatu untuk Dikunyah

    Bawa snek dan minuman untuk mengekalkan tahap tenaga anda. Campuran Kacang Panggang Vergold dan Minuman Tenaga XS sangat disyorkan.

    Tutup Telefon Bimbit

    Jangan guna telefon bimbit, kecuali untuk membuka aplikasi Waze atau Google Maps. Sekiranya anda perlu membuat panggilan atau menghantar mesej, lakukan hanya di tempat yang selamat seperti tempat perhentian rehat.


    Selamat memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi!

    *Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas hasil jualan global 2018.