Floating Icon
06 DEC 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 6 MINIT BACA 855 LIHAT 54 BERKONGSI

Mengapa Anda Harus Mempertimbangkan Penuras Air?

eSpring-in-home-water-filter.jpg

Tahun 2020 menandakan ulang tahun Sistem Rawatan Air eSpring Amway yang ke-20! Kami berbangga dengan sejarah kami yang panjang dalam menyediakan air bersih dan tulen ke rumah pelanggan kami dan sememangnya tiada cara yang lebih baik untuk meraikannya selain berkongsi pandangan kami mengenai air yang berkualiti tinggi.

Terdapat banyak alasan untuk mempertimbangkan penuras air dalam rumah — beberapa penuras yang mungkin anda ketahui dan beberapa penuras yang mungkin mengejutkan anda. eSpring adalah jenama sistem rawatan air di rumah nombor satu di dunia dari segi jualan, (1) dengan lebih daripada 6.2 juta unit terjual di 48 buah negara dan wilayah. Kami terus mengalirkan air bersih ke rumah-rumah selama 20 tahun, jadi kami mengetahui banyak perkara bagaimana penuras air adalah satu pelaburan yang baik untuk diri dan keluarga anda serta planet ini.

Better-for-your-health.jpg


Lebih baik untuk kesihatan anda

Menjaga kesihatan diri dan keluarga kita adalah perkara paling utama bagi kebanyakan kita, tetapi kadang-kadang membuat pilihan tentang apa yang kita masukkan ke dalam badan atau apa yang terbaik untuk kesihatan keluarga kita mungkin kelihatan keterlaluan atau mengambil masa. Memilih penuras air dalam rumah adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan bahan cemar berbahaya yang mungkin terdapat dalam air minum — dan tidak memerlukan banyak masa atau usaha yang berulang-ulang. Anda cuma perlu memasangnya untuk menikmati manfaat air yang bersih dan tulen setiap hari.

Penuras air mengurangkan bahan cemar yang berpotensi menjejaskan kesihatan. eSpring mengurangkan secara berkesan lebih daripada 160 bahan cemar yang terdapat dalam air minum, termasuk lebih daripada 140 bahan cemar yang berpotensi memberi kesan berbahaya terhadap kesihatan kita. Ini termasuk plumbum, merkuri, asbestos, bahan kimia organik yang meruap, dan sebatian yang terdapat dalam farmaseutikal, racun perosak, dan racun herba — semuanya dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan. (2)

effectively-destroys-99.99_-of-disease.jpg

Ia juga mengurangkan secara berkesan parasit bawaan air dan menghapuskan secara berkesan 99.99% bakteria dan virus penyebab penyakit yang terdapat dalam air minum. Pada masa yang sama, eSpring tidak menyingkirkan mineral yang bermanfaat seperti kalsium dan magnesium daripada air anda. Ini bermakna anda memperoleh semua perkara yang memberi kebaikan sahaja.


Menambah baik rasa dan bau

Melihat kepada jumlah air yang kita minum setiap hari, kita mahu pengalaman yang menyeronokkan. Bagi sesetengah orang, rasa dan bau air di rumah mereka bukanlah perkara besar, tetapi bagi orang lain pula perbezaan antara kekal terhidrat atau tidak adalah perkara besar. Dan kebanyakan orang mungkin bersetuju bahawa rasa dan bau air yang lebih baik wajar diberi perhatian juga.

Sistem penulenan air dalam rumah yang berkualiti tinggi seperti eSpring dapat mengurangkan klorin dan kloramin secara berkesan, dua bahan kimia yang digunakan untuk merawat air ketika ia melalui paip dan masuk ke rumah kita. Dengan menyingkirkan banyak bahan kimia ini akan menambah baik rasa, bau, dan kejernihan air minuman.

Terdapat banyak bahan cemar dan partikel yang tidak dapat dirasa, dihidu atau dilihat. Maka itulah sebabnya sangat penting untuk menggunakan sistem penulenan air yang boleh anda percayai untuk menyingkirkan semua perkara yang dapat anda rasa — dan yang tidak dapat anda rasa.

Are-You-Getting-Enough-Water-750.jpg


Lebih Mudah, Lebih Murah

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan penuras air dalam rumah, anda mungkin sudah memahami dan mengambil berat tentang beberapa manfaat meminum air yang bersih dan tulen. Jika anda membeli air dalam botol dan tong mungkin tidak menjadi satu perbelanjaan yang besar, tetapi lama-kelamaan ia menjadi jumlah wang yang banyak.

Membeli air botol bukan sahaja mahal, malah ia juga menyukarkan. Kotak air botol adalah berat dan mengambil banyak ruang, seterusnya ia menyukarkan ramai orang untuk membawa pulang dari kedai. Dan apabila anda kehabisan stok air botol, anda terpaksa menunggu sehingga pembelian barang runcit berikutnya.

Penuras air dalam rumah menjimatkan sejumlah besar wang sesebuah keluarga sepanjang hayat sistemnya, berbanding pembelian air dalam botol atau tong. Selain itu, penuras air jauh lebih mudah kerana ia menyediakan air bersih sepanjang masa.

eSpring mudah dipasang pada paip dapur yang standard. Ia boleh dipasang di atas kaunter atau di bawah singki. Ini bermakna anda dan keluarga anda mudah mendapatkan air minum yang ditulenkan — tiada yang lebih mudah daripada hanya memusingkan kepala paip.


Lebih baik untuk planet

Kita akan berasa sangat gembira ketika membuat keputusan yang baik tentang air yang kita minum...terutamanya jika ia turut bertepatan dengan membuat keputusan yang baik untuk alam sekitar. Memasang penuras air di rumah juga merupakan kaedah terbaik untuk menambah baik planet ini!

Sistem penulenan air mengurangkan bilangan botol plastik di tapak pelupusan sampah kita. Dengan hanya satu kartrij penuras eSpring, ia dapat membekalkan bersamaan sehingga 10,000 botol air. Ini bererti bahawa, sepanjang hayatnya sesebuah sistem penulenan air dapat mengurangkan jumlah botol plastik di tapak pelupusan sampah kita dengan ketara. Dan tidak seperti sistem penurasan osmosis songsang, eSpring tidak membazirkan sehingga 80% air yang mengalir masuk ketika ia menulenkannya. Anda bukan sahaja dapat meminum air bersih, bahkan dapat menyumbang kepada planet yang lebih bersih.


Memanfaatkan teknologi

Teknologi semakin banyak terdapat dalam kediaman kita dan menjadi bahagian yang lebih penting dalam cara kita menjalani kehidupan kita. Dengan kewujudan teknologi di sekeliling kita, mengapa kita tidak memanfaatkannya demi memastikan keluarga dan planet anda yang sihat?

eSpring menggunakan tiga jenis teknologi untuk menjadikan air anda bersih dan sihat: penurasan mekanikal, penurasan karbon, dan pentakaktifan cahaya UV. Malah, penuras blok karbon eSpring yang dipatenkan memerangkap partikel-partikel 300 hingga 500 kali lebih kecil berbanding rambut manusia. Kesemuanya bergabung untuk menghasilkan air yang tulen dan selamat agar anda dapat menikmati semua manfaat air yang bagus.

Kami berbangga meraikan inovasi dan kepakaran kami selama 20 tahun. Dan kami turut berbangga eSpring adalah jenama sistem rawatan air di rumah nombor satu di dunia dari segi jualan. (3)

Ketahui lebih lanjut mengenai Sistem Rawatan Air eSpring atau dapatkan satu unit untuk kediaman anda hari ini.


Nota Kaki

1) Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2020.

2) eSpring dicipta untuk digunakan dengan air minum yang dianggap selamat oleh pihak berkuasa kesihatan awam tempatan.

3) Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2020.