Floating Icon
07 DEC 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 682 LIHAT 12 BERKONGSI

Musim Perayaan 2021: 5 Hadiah Kegemaran Kami

Anda sudah bersedia untuk 2022? Kami sudah bersedia! Mula-mula, mari ucapkan selamat tinggal kepada 2021 dan bertukar-tukar hadiah hebat dengan insan tersayang! Mengapa tidak tambah beberapa penjagaan kulit dan mekap mewah di dalam kit kecantikan mereka? 

Berikut ialah 5 idea hadiah kegemaran kami:


Holiday 2021 Mini-Sets.jpg

Set Mini ARTISTRY SKIN NUTRITION

Semua orang sukakan penjagaan kulit mini dan set mesra vegan ini tidak terkecuali! Dikuasakan oleh fitonutrien Nutrilite yang diperoleh secara mampan

dari ladang Nutrilite sendiri yang disahkan organik, pilih antara Penyelesaian yang Menyeimbangkan, Menghidratkan, Memperbaharui dan Memejalkan untuk menjaga kulit anda. Anda juga boleh membawanya ketika bercuti kerana sekarang semua orang boleh melancong lagi (seronoknya!).


Holiday 2021 Intensive Skincare.jpg

ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Blooming Sleeping Mask

Siapa yang tidak mahu pengalaman spa yang menenangkan semalaman dengan bahan-bahan termaju seperti Fermentia CICA melakukan keajaiban dan bangun dengan kulit yang berseri dan lembut pada keesokan harinya? Ketahui lebih lanjut tentang keupayaan masker tidur ini untuk mencegah dan melambatkan kerosakan DNA dan tonton video kami tentang cara melakukan urutan muka yang menenangkan di sini – mimpi indah!


ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program & Collagen+HA Capsule 97

Kolagen kekal sebagai kata kunci kecantikan atas sebab yang kukuh dan kami telah menggabungkan 97% kolagen berasaskan marin dengan asid hialuronik dan Fermentia CICA. Sangat melembapkan dan antiradang, ia merangsang ketumpatan kulit sehingga 115%. Hanya campurkan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97 dengan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program untuk mengurangkan kedutan dan menambah baik keanjalan.

Bonus: Jangkakan hasil yang lebih baik dengan lebih banyak kolagen bertindak dari dalam.


Holiday 2021 Makeup.jpg

ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick rona Rouge

Kunci asas mekap ialah serba boleh. Diseduh dengan sodium hyaluronate yang melembapkan dan Vitamin E yang menyuburkan, ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick meluncur bagaikan mimpi. Pigmennya yang kaya dengan kemasan bak baldu dan warna yang boleh disapu berlapis-lapis menjadikannya pilihan tepat untuk setiap majlis. Pilih Rouge – rona terang yang akan memberikan keyakinan kepada mana-mana wanita untuk tahun mendatang.



ARTISTRY STUDIO Bangkok, Tokyo dan Shanghai Edition

Rindu melihat kota kegemaran anda? Kami juga begitu! Mujurlah ARTISTRY STUDIO Editions yang berbeza mengabadikan tenaga dan letusan warna destinasi masing-masing. Bawa ke mana-mana anda pergi dan biarkannya menyerlahkan penampilan anda setiap hari. Edisi yang menjadi kegemaran termasuk Bangkok, Tokyo and Shanghai Edition – dapatkannya sekarang.


Salam perayaan daripada kami semua di ARTISTRY!